DDR...pengalaman beri pengajaran

JITRA, 10 Ogos – “Pengalaman adalah sesuatu aset yang bernilai dalam membantu seseorang untuk mencipta kejayaan,” kata Datu Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui awal pagi tadi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) itu, pengalaman telah banyak memberikan pelbagai pengajaran dalam mewujudkan kejayaan seperti sekarang.

“Sebelum menikmati kejayaan seperti sekarang doktor pernah mengalami muflis yang teruk sehinggakan diibarat seperti seseorang yang sudah mati dan merasai kehidupan di dunia tidak beerti lagi,” katanya.

Katanya lagi, akibat kecekalan dan ketabahan yang beliau miliki segala dugaan dan cabaran yang menimpa dapat ditempuhi.

“Sedikit demi sedikit doktor melangkah serta berusaha untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap doktor,” katanya lagi.

“Kini doktor sudahpun menciptakan pelbagai kejayaan selepas menghasilkan pelbagai fenomena yang bukan sahaja memberikan kebaikan kepada diri sendiri malahan masyarakat. Hal ini berlaku adalah akibat daripada pengalaman masa lampau telah mengajar dan mendidik doktor supaya tidak leka dengan dugaan di hari mendatang,” tambahnya ketika ditemui hari ini.