Archive for June, 2011


KEKALKAN PRESTASI

MALAYSIA........Perlukan kekalkan persembahan terbaik agar skuad negara bakal menjadi bualan dunia

PERLAWANAN Malaysia menentang pasukan Taiwan malam tadi dilihat seperti memberi nafas baru untuk skuad Harimau Malaya untuk membuktikan bahawa negara yang sekerdil Malaysia mampu bersaing diperingkat antarabangsa.

Kesemua pemain skuad kebangsaan itu mempamerkan aksi cemerlang dan berkeyakinan yang memberi amaran bahawa skuad negara hari ini agak berbisa dari sebelumnya.

Peratusan perlawanan dilihat menyebelahi skuad kebangsaan kerana menonjolkan prestasi yang begitu mengagumkan serta menjadikan ianya satu kebanggaan kepada peminat setia bolasepak tanahair.

Jelas pengawalan bola yang mantap hasil percaturan dan strategi kreatif jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagopal memberi suntikan baru kepada kesemua pemain untuk lebih matang dalam arena bolasepak.

Ternyata ianya terbukti ketika gol pembukaan yang dijaringkan oleh Safiq Rahim di minit ke-28 memecahkan benteng pertahanan lawan hasil rembatan deras dari luar kotak penalti menyukarkan  Lin Po Cheng menyelamatkan bola menerjah ke gawang.

Kemudian, Aidil Zafuan Razak menggandakan gol menjadikan kedudukan 2-0 yang berjaya menghidu peluang menanduk bola ke gawang gol hasil sepakan penjuru.

Namun kegembiraan itu hanyalah seketika apabila Chen Po-Liang mudah menjaringkan akibat kealpaan pemain negara yang sedang asyik menikmati kegembiraan dengan jaringan gol sebelumnya.

Walaupun pasukan Taiwan tewas dengan kekalahan 1-2 ditangan Malaysia ianya cukup memadai buat mereka (Taiwan) kerana kelebihan jaringan ditempat lawan.

Jadi, ini memberikan satu laluan sukar untuk Malaysia dan skuad kebangsaan itu perlukan mengekalkan prestasi serta jangan sesekali leka kerana perlawanan berbaki 90 minit lagi untuk menentukan siapa yang menang.

Advertisements

ALLAH MAHA BESAR....tiada siapa tahu penilaian Allah terhadap makhluk dimuka bumi ini

Siapa Tahu Nilaian Allah

Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,:”Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya:”Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata:”Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”(Muslim)

Huraian
Memang menjadi tanggapan ramai bahawa setiap amalan yang baik akan mendapat pujian dan ganjaran yang besar. Islam tidak menafikan akan hakikat ini tetapi Islam tidak membenarkan umatnya terlalu memandang tinggi akan kebaikan seseorang apatah lagi dengan memuji secara berlebih-lebihan.

Di samping itu Islam juga melarang kita daripada memandang remeh akan amalan yang kecil (kurang publisiti) yang dilakukan oleh seseorang kerana berkemungkinan dengan amalan yang dianggap kecil itu sebenarnya mempunyai pahala dan kedudukan yang lebih tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri” (Muslim).

Dalam setiap perbuatan manusia, niat sebenarnya memainkan peranan yang paling utama dan Allah S.W.T sahaja yang tahu akan niat seseorang. Namun begitu, sebagai orang yang beriman kita seharusnya membetulkan niat sebelum melakukan sesuatu.

Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia kerana tidak semestinya kedudukan yang baik dan cemerlang di mata manusia itu bermakna bahawa kita juga adalah baik dan cemerlang di sisi Allah S.W.T.

TERBAIK.....Produk yang menjadi kegilaan wanita masa kini memberikan kepuasan kepada pengguna

JITRA, 30 Jun – Produk dR Silky adalah salah satu produk kecantikan keluaran dR Group (dRG) yang mendapat sambutan yang menggalakkan dan juga menerima tempahan yang banyak.

Populariti dR Silky kini dikaitkan dengan golongan wanita yang berkerjaya dan ingin mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman.

Menurut Presidennya Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) menyedari bahawa golongan wanita masa kini lebih mengutamakan kecantikan doktor menghasilkan produk dR Silky ini khas untuk mereka.

“Kombinasi menarik formulasi doktor menghasilkan produk dR Silky ini adalah dengan hanya menggunakan ramuan herba terpilih sahaja seperti kandungan Lobata

Beliau berkata lagi, hasil formulasi doktor menghasilkan produk dR Silky ini dilihat ianya memberikan kesan positif yang menarik dterhadap pengguna

“Ramuan Lobata yang kaya dengan phyto-estrogen telah dirumuskan di dalam kandungan dR Silky  adalah untuk mempercepatkan dan menstabilkan hormon wanita supaya pengguna lebih subur daripada sebelumnya.

“Ianya juga penting dalam mengekalkan tahap sel-sel badan wanita berada dalam tahap yang terbaik dan juga membantu pertumbuhan organ pembiakan wanita.

“Jadi, ramuan yang digarap ini adalah terbaik untuk membantu golongan wanita masa kini yang lebih mementingkan susuk tubuh menawan serta tampil dengan lebih anggun dan jelita,” kata pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu.

 

KERJASAMA.......Sikap yang menjadi kebiasaan kalangan Unit Media ICT dan Pemasaran untuk menjulang nama dR Rozmey

JITRA, 29 Jun – Herba Prima Marketing Sdn bhd (HPM) yang kini dikenali sebagai dR Group  (dRG) dilihat menjadi kebanggaan penduduk utara tanahair.

Hal ini adalah kerana pencetusan fenomena menerusi label dR Rozmey terhadap produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan golongan obesiti di negara ini.

Menurut DDR, dR Group (dRG) saban hari dilihat semakin maju dalam menghasilkan pelbagai produk yang memberikan keajaiban terhadap penggunanya.

“Kejayaan ini juga adalah hasil usaha keras oleh Unit Media, Teknologi Komunikasi Massa dan Maklumat (ICT) dan Pemasaran yang menjadi tunjang utama meraih kejayaan dRG.

“Dengan adanya Jabatan Media ini membolehkan segala maklumat yang berkaitan dengan dRG iaitu bisnes, kesihatan, testimoni, kejayaan pengedar dan kejayaan doktor sendiri dapat dikongsikan bersama masyarakat di luar,” katanya.

Beliau berkata lagi, semua maklumat ini dipaparkan menerusi laman web utama dRG yang dikendalikan petugas yang komited dan bersungguh-sungguh dalam tugasan mereka.

“Ini juga merupakan kebanggaan bagi dRG dalam memperkasakan dan memperkukuhkan lagi tiang syarikat untuk tampil lebih maju pada masa akan datang.

“Selain itu, dengan adanya bisnes menerusi kelebihan ICT yang doktor cipta ini membolehkan label dR Rozmey akan tersebar diseluruh tanahair dan antarabangsa,” tambahnya ketika ditemuramah dipejabat beliau.

DOA........Pohonlah kepada Allah S.W.T moga dibukakan pintu syurga seluas-luasnya demi memudahkan umat Islam memasukinya

BULAN Rejab merupakan bulan mulia yang penuh keberkatannya kerana pada bulan ini berlakunya peristiwa dalam sirah Islam tentang Isra’ dan Mikraj iaitu mengenai perjalanan Rasulullah S.A W yang dipenuhi pelbagai gangguan sebelum menongkah perjalanan bertemu Allah S.W.T.

Sebelum bermulanya perjalanan Rasulullah S.A.W untuk menghadap Allah Yang Esa baginda menjalani pembedahan dada/perut yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il untuk dibersihkan hatinya dengan air zam-zam demi membuang ketulan hitam (alaqah) dimana tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian, dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada baginda dan dijahitkan semula dada/perut dengan “khatimin nubuwah.”

Setelah selesai pembedahan itu, rasulullah S.A.W didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi dan memulakan perjalanan luar biasa itu.

Pelbagai pengetahuan yang diperolehi sepanjang perjalanan baginda dan setiap peristiwa ajaib yang berlaku itu mempunyai mesej-mesej tertentu.

Isra’ merupakan perjalanan Rasulullah S.A.W dari Masjidil Haram hingga ke Masjidil Al-aqsa manakala Mikraj merupakan tangga yang di daki oleh Rasulullah S.A.W dari langit pertama sehinggalah langit kesepuluh di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab berjumpa Allah S.W.T serta disaksikan oleh baginda sendiri lalu bersujud kepada-Nya. Setelah bersujud berlaku dialog antara Allah S.W.T dengan Rasulullah S.A.W :-

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah   : Labbaika.

Allah S.W.T  : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah    : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T   : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
(sumber : http://ustaznaim.blogspot.com/2009/07/peristiwa-israk-dan-mikraj.html )

Selepas bermunajat Rasulullah S.A.W menemui Nabi Ibrahim A.S kemudian Nabi Musa A.S disuruh merayu kepada Allah S.W.T memberikan keringan mengurangkan jumlah waktu sembahyang kerana dilihat umat Muhammad S.A.W adalah kerdil dan dhaif. Setelah sembilan kali merayu, akhirnya Allah S.W.T perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak sebanyak 50 waktu juga.

Jelaslah disini bahawa umat Nabi Muhammad S.A.W adalah umat yang bertuah dan istimewa kerana disebabkan Rasulullah S.A.W kita mendapat kemudahan (rukhsoh) menjalankan kewajipan sebagai umat yang bergelar Islam.