Ketiadaan asrama dan surau wanita di Pondok Angkat Maahad Syatirie, Sungai Dedap,Yan, Kedah mendorong Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din untuk membina sebuah asrama dan dan surau dua tingkat bernilai RM500,000 yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2012.

Pembinaan surau dan asrama wanita itu amat penting bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka untuk mendapat pendidikan agama di pondok yang sehingga menempatkan lebi 100 pelajar lelaki dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Datuk Dr Che Rozmey berkata selepas mengadakan perbincangan dengan pengasas pondok, Ustaz Zulkifli, dia bersetuju untuk membina surau dan asrama wanita di situ yang boleh menempatkan lebih 100 pelajar wanita apabila siap kelak

“DDR terpanggil untuk terus membantu pondok angkat ini selepas melihat komitmen yang tinggi Ustaz Zulkifli dan tenaga pengajar untuk membangunkan pondok ini selain permintaan ibu bapa yang ingin menghantar anak perempuan mereka ke pondok ini. Ketiadaan asrama dan surau menghalang mereka untuk ke sini.

“Tiada yang lebih menggembirakan apabila dengan izin Allah, ddr mampu memberi infak kepada pondok ini dan ini adalah satu tanggungjawab sebagai seorang usawahan muslim untuk membantu secara berhemah selepas mendapat nikmat dan limpahan rezeki daripada Yang Maha Esa,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG semalam.