Archive for July, 2011


KELEBIHAN TERAWIH

LAILATULQADAR.....Antara sepuluh malam terakhir yang ganjarannya berlipat ganda

Antara kelebihan menjalankan solat sunat tarawih sepanjang Ramadhan Al-Mubarak

Malam 1 :: keluar dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan , mendapat keampunan dari Allah .

Malam 2 :: diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu-bapa (sekiranya mereka orang yang beriman)

Malam 3 :: berseru malaikat di bawah Arasy sampai kami meneruskan solat terawih terus menerus sehingga Allah mengampunkan dosa engkau .

Malam 4 :: memperoleh pahala ia seperti mana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat , Injil , Zabur dan Al-Quran .

Malam 5 :: Allah kurniakan hasilnya pahala seumpama orang solat di Masjidil Haram , Masjid Madinah dan Al-Aqsa .

Malam 6 :: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat2 yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu malaikat sekali tawaf) serta setiap batu2 dan tanah2 mendoakan sampai Allah ampunkan dosa2 orang yang mengerjakan solat terawih pada malam ini .

Malam 7 :: seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Baginda menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman .

malam 8 :: Allah mengurniakan pahala orang solat terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S

Malam 9 :: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad S.A.W .

Malam 10 :: Allah S.W.T kurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat .

Malam 11 :: keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia bau dilahirkan .

Malam 12 :: datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya)

Malam 13 :: datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan .

Malam 14 :: datang malaikat melihat ia solat terawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat .

Malam 15 :: semua malaikat yang menanggung Arasy , Kursi berselawat dan mendoakan sampai Allah mengampunkannya .

Malam 16 :: Allah tulis baginya , terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga .

Malam 17 :: Allah kurniakan orang2 yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak2 pahala Nabi .

Malam 18 :: seru malaikat : ” wahai Hamba Allah ! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup @ mati ) ”

Malam 19 :: Allah S.W.T tinggikan darjat dalam syurga Firdaus .

Malam 20 :: Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang2 yang mati syahid dan orang2 yang solihin .

Malam 21 :: Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada Nur .

Malam 22 :: datang ia , pada hari kiamat aman , daripada tiap2 dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru hara di padang mahsyar )

Malam 23 :: Allah S.W.T binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur .

Malam 24 :: Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok berdoa ketika di dalam masjid)

Malam 25 :: Allah Taala angkatkan daripadanya seksaan kubur .

Malam 26 :: Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pahala pada malam itu seumpama 40 tahun ibadat .

Malam 27 :: Allah kurniakan orang yang berterawih pada malam ini ketangkasan melintasi atas titian siratul mustaqim seperti kilat menyambar .

Malam 28 :: Allah kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat

Malam 29 :: Allah kurniakan kepadanya pahala 1000 haji yang mabrur .

Malam 30 :: Allah beri penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali , lalu berfirman : ” Wahai hambaKu ! makanlah segala jenis buah2 yang kau ingin makan di dalam syurga , mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila , serta minum air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad yang bernama Al-Kausar .”

Advertisements

MULIA.....Ramadhan bulan penuh keberkatan dan ganjarannya berlipat ganda sekiranya kewajipan yang dilaksanakan ikhlas sepenuh hati

SETIAP tahun seluruh umat Islam di dunia akan menyambut ramadhan Al-Mubarak yang merupakan bulan yang dituntut ajaran Islam supaya berpuasa yakni menahan lapar dan dahaga dari terbitnya matahari sehingga terbenam maahari (maghrib).

Ramadhan Al-Mubarak merupakan bulan terpilih yang mempunyai keistimewaannya tersendiri untuk golongan umat Islam mempersiapkan bekal menempuh akhirat kelak.

Pelbagai ganjaran dan kenikmatan yang berlipat ganda menanti umat Islam yang menjalankan kewajipan dan ibadah sepanajang bulan yang penuh keberkatan ini.

Ramadhan sudah semestinya dikaitkan dengan ibadah puasa yang merupakan tuntutan ajaran Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan ramadhan supaya mengajarkan kita erti kesusahan yang melanda golongan manusia lain yang hidup didalam serba kekurangan dan tidak berdaya untuk menjalankan kewajipan demi memenuhi keperluan hidup.

Selain itu, bulan ramadhan juga mendidik golongan umat Islam supaya bersabar dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mendatang demi mengelakkan sebarang perlakuan yang membolehkan seseorang Muslim itu runtuh akhlaknya.

Dengan berpuasa juga Islam ingin menerangkan bahawa perbuatan ini adalah perbuatan mulia yang dianggap sebagai proses menahan serta mengawal diri membanteras nafsu yang bermaharajalela selama ini.

Jadi, segala-galanya pasti dapat dihindarkan sekiranya kita sebagai umat manusia yang bergelar Islam melakukan perbuatan ini dengan penuh keikhlasan supaya mendapat keberkatan yang tidak terhingga nikmatnya.

Disamping itu, sekiranya kita ingin memperolehi ganjaran pahala yang berganda untuk dijadikan bekalan ke akhirat kelak rebutlah peluang 10 malam terakhir pada bulan ramadhan yang diberi nama sebagai ‘Lailatul Qadar.’

Oleh itu, sempena ramadhan yang mulai ini sama-samalah kita berdoa agar Allah S.W.T mempermudahkan segalanya untuk menempuhinya supaya dapat meningkatkan pahala yang banyak di hari perhitungan nanti.

SEDIA BERTEMPUR

BUKAN MENYERAH.....Datuk K melaungkan semangat untuk kebangkitan Harimau Malaya malam ini

INILAH barisan kita iaitu skuad bola sepak kebangsaan yang sedia bertempur pada malam ni demi merebut kemenangan mutlak supaya menggorak langkah ke pusingan seterusnya sesi kelayakan Piala Dunia 2014.

Barisan anak muda bimbingan jurulatih nergara Datuk K.Rajagopal dipersiapkan dengan suntikan semangat dan corak permainan berkualiti dalam usaha menyekat pasukan Singapura pada aksi timbalbalik pada malam ini.

Malam ini dianggap sebagai malam keramat bagi sukan bola sepak tanahair kerana pertembungan kedua-dua pasukan ini memberikan impak yang begitu memberangsangkan terhadap negara dan ternyata sekali ianya jelas berlaku ketika pasukan Harimau Malaya bertandang ke Singapura minggu lalu.

Perlawanan yang dianggap sengit pada malam ini bakal berlaku kerana setiap pasukan mempunyai strategi tersendiri untuk mencipta dan melakar sejarah baru didalam arena bola sepak bagi memastikan nama negara disanjung dipersada antarabangsa.

Oleh itu, skuad Harimau Malaya kini perlu lebih fokus sepenuhnya kepada perlawanan malam ini supaya tidak mengundang sebarang permasalahan yang membolehkan pasukan lawan merobek gawang gol negara sekaligus memadamkan impian seluruh rakyat untuk melihat skuad Harimau Malaya beraksi diperingkat seterusnya.

Dalam perlawanan, bukan sahaja semangat juang yang tinggi harus ditunjukkan malahan persiapan dari segi mental dan fizikal adalah penting supaya tidak mudah memberikan keselesaan terhadap pasukan lawan memenangi perlawanan.

Jadi, teruskan perjuangan sehingga ke titisan terakhir jangan sesekali mengalah usah takut mahupun gentar dengan halangan yang bakal dilalui.serta manfaatkan peluang yang terhidang agar negara Malaysia mampu membenam Singapura malam ini.

 

dRPLACES....Tawar rangkaian pengiklanan untuk usahawan-usahawan baru

JITRA, 28 Julai – “Enjin carian dR Places kini menawarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mempromosikan barangan atau produk keluaran formulasi mereka sendiri,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Penubuhan enjin carian dR Places menerusi label dR Rozmey mampu memberikan perkhidmatan terbaik yang bertindak sebagai fungsi bagi mempromosikan barangan mahupun produk pelanggan.

Menurut DDR, pelan bisnes yang dicipta oleh beliau adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada pendatang ahli perniagaan baru untuk mencipta kejayaan melalui cara mereka tersendiri.

“Dengan penggunaannya yang sistematik ianya membolehkan pelanggan-pelanggan menggunakan ruangan dR Places untuk mempromosikan produk keluaran mereka secara percuma,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, sistem dR Places merupakan suatu sistem pengiklanan yang berbeza daripada enjin carian lain kerana ianya lebih sistematik dan mempunyai kelebihan serta keunikannya tersendiri.

“Kaedah yang mudah, cepat dan menjimatkan kos membolehkan promosi yang dilakukan meliputi rangkaian seluruh dunia.

“Selain itu, dR Places juga menyediakan google Map secara online bagi memudahkan pelanggan mengetahui kawasan khusus untuk mereka mempromosikan produk keluaran mereka.

“Jadi, sekiranya anda berminat untuk mempromosikan segala barangan anda, anda hanya perlu melayari dan mendaftar di www.drplaces.com segala perincian maklumat pengikalanan boleh didapati di laman maya itu,” katanya lagi.

FIKIR......Cukupkah iman yang ada didalam diri untuk dibawa sebagai bekalan akhirat

Apa khabar IMAN ku hari ini??
“Apa kabar iman ku hari ini….

Apakah dikau masih sanggup dlm dakwah ini?”,,
Duhai Jiwa yang ku tempati,

Aku ingin berbicara…….
Bagaimana jika hati ku berpenghuni najis yang memuakkan dan busuk bila dipandang,
Untung saja mereka hanya hidup dalam 3,4,5 dimensi saja.

Bersyukurlah aku ini…
Bagaimana jika sebentuk tubuh ini tak satu mili pun ada keharuman,
Kalau orang tak ada yang tahan bau busuk,

Matilah aku di tangan malu…
Bagaimana jika aku tidak sengaja menyebutnya “dosa”
Kalau sebernarnya memang seperti itu,

Duhai Allah yang ku cintai,
Terkadang maaf menjadi senjata bagiku memohon ampun,
dan Engkau sedang tertawakan aku ya Rabb,,
bagaimana tidak,baru bertaubat lalu berbuat dosa kemudian meminta maaf.,,

Astagfirullahaladzim…Engkau tidak begitu.
Jika aku bisa menggenggam air dan melangkah satu meter saja di atas genangan,
Masih bisakah aku menawar dosaku ya Allah……