Category: Pencapaian / Kejayaan


Norsima.....yakin dengan JM5

JITRA, 17 Julai (HPM) – Keberkesanan produk pelansingan badan Jus Mate 5 dan minat pengguna mendapatkan produk berkenaan di Butik Kecantikannya mendorong Norsima Abdullah, 40-an, untuk menjalankan perniagaan Herba Prima Marketing sejak dua tahun lalu.

Usahawan wanita dari Bukit Mertajam itu berkata,  selepas beberapa bulan melihat perkembangan perniagaan HPM dan lontaran berita testimoni dalam akhbar, beliau terpanggil untuk datang sendiri bersama suaminya, Wafdi Auni ke ibu pejabat HPM, di sini.

Menurutnya, produk pelansingan Jus Mate 5  berupaya memberi ganjaran kesihatan yang terbaik kepada pengguna walaupun  terdapat banyak produk seumpanya di pasaran.

“Saya memperolehi pendapatan lima angka  pada tahun 2009 dan kini saya gembira kerana pendapatan itu masih kekal menjadi milik saya selepas pengguna memberi sambutan baik kepada produk ini.

“Kebijaksanaan Datuk Dr Che Rozmey melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk media cetak dan elektonik memberi  keyakinan kepada pengguna untuk mendapatkan  produk keluaran HPM di pasaran,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau yakin syarikat yang dipimpin oleh Datuk Dr Che Rozmey akan terus berkembang maju dan mencipta peluang dan ruang perniagaan kepada rakyat di negara ini.

JITRA, 25 Mei (HPM) – Pendapatan sebanyak RM9 ribu bukanlah sedikit jika hendak dibandingkan dengan pendapatan pekerja yang makan gaji.

Ini semua adalah datang dari pendapatan hasil perniagaan yang semakin maju. Dalam Islam, berniaga adalah antara pekerjaan mulia yang dijanjikan pendapatan lumayan.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, sembilan per sepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha mencari penghasilan atau pendapatan untuk kesejahteraan hidup.

Roslizah Mohd Nabi Khan mempunyai dua kedai iaitu butik baju dan butik kecantikan. Kedua butiknya ini mampu menjana pendapatan bulanan sehingga RM9 ribu. Namun katanya, jika dia mempunyai laman web sendiri, mungkin pelanggan lebih ramai dari yang sedia ada.

“Saya belum lagi membuat laman web atau laman blog sendiri kerana tiada masa kerana sibuk dengan pelanggan yang datang ke kedai.

“Namun, saya akan menyiapkan laman web saya sendiri di bawah nama HPM apabila saya mempunyai masa,” katanya kepada wartawan HPM.

Menurut wanita berusia 41 tahun ini, buat masa ini beliau hanya mempromosikan produk Jus Mate 5 dan beberapa lagi produk dari HPM kepada pelanggan yang singgah di butiknya sahaja.

Annisha Nordin..pengedar berjaya

JITRA, 7 Mei (HPM) — Jika pengedar lain menggunakan bonus yang diperolehi daripada penjualan produk Herba Prima Marketing (HPM) untuk membeli kereta atau rumah baru, lain pula bagi Annisha Nordin.

Beliau yang sudah bergiat aktif sebagai pengedar HPM sejak setahun lalu, menggunakan bonus yang diperolehi bagi dijadikan modal untuk menternak ayam piru di kampung halaman suaminya di Bachok, Kelantan.

“Modal yang saya keluarkan sekitar RM5000 sahaja dan berkat wang bonus yang diberikan HPM, akhirnya saya dapat menambah pendapatan dengan memulakan perniagaan sendiri,” katanya.

Baru memulakan perniagaan ayam piru sejak Januari lalu, Annisha berharap perniagaan baru yang diceburinya ini akan kekal dan berharap rezekinya sentiasa bertambah.

Ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk memulakan perniagaan ayam piru ini, beliau menjelaskan mahu pendapatan yang diperolehinya sentiasa bertambah.

Ayam piru peliharaan Annisha dan suami

“Kalau beli kereta atau rumah, kena keluarkan duit setiap bulan tetapi saya dan suami merancang untuk mengusahakan satu perniagaan agar pendapatan sentiasa bertambah setiap bulan.

“Lagipun kos untuk membela ayam piru ini tidak mahal dan mudah untuk dijaga,” ujarnya yang memiliki pendapatan empat angka sebagai pengedar HPM.

Kini, beliau memiliki 50 ekor anak ayam piru serta berharap usahanya membela ayam piru ini akan mendatangkan hasil dan seterusnya dapat mengembangkan lagi perniagaannya.

Menurutnya lagi, pendapatan yang diperolehi sebagai pengedar juga agak lumayan dan beliau akan sentiasa memastikan menjadi antara pengedar yang terbaik HPM.

Annisha juga berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kerana memberi bonus yang agak lumayan kepada pengedar setiap bulan melalui hasil jualan produk HPM.

Bagi sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman atau kejayaan dengan Annisha, beliau boleh dihubungi di talian 019-4114240 atau melayari blog beliau di http://www.nishamate5.blogspot.com

JITRA, 6 Mei (HPM) – Kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh Maryadi Nordin salepas menjadi pengedar aktif Herba Prima Marketing (HPM).

Beliau yang hadir di HPM baru-baru ini memberitahu kehidupan beliau mula berubah dan kesenangan mula dirasai sedikit demi sedikit berbanding kehidupannya suatu ketika dahulu.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana memurahkan rezeki saya dan saya amat berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) kerana memberi peluang saya untuk menjadi pengedar aktif yang berjaya.

“HPM adalah satu syarikat yang berjaya dan menjadi pilihan ramai pengguna di bandar dan luar bandar kerana mendapat liputan meluas di media cetak serta elektronik .

“DDR banyak memberi tunjuk ajar untuk berjaya dan saya sendiri menganggap DDR sebagai idola untuk saya berusaha lebih keras lagi dan berharap dapat berjaya seperti beliau,” katanya yang memperolehi pendapatan lima angka.

Beliau yang bergiat aktif di Sungai Petani, Kedah menyarankan agar pengedar yang sudah berjaya membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pengedar yang baru bermula.

“Produk HPM semestinya menjadi pilihan pelbagai bangsa di Malaysia dan harapan saya adalah untuk melihat produk HPM menjadi produk nombor satu di Asia,” ujarnya.

Lebih menarik, dahulunya beliau hanya mempunyai warung makan yang kecil sahaja, kini sudah mampu memiliki Toyato Camry 2.4 yang bernilai RM174 ribu.

Untuk mengetahui rahsia kejayaan Maryadi Nordin ataupun berkongsi pengalaman bersamanya, beliau boleh dihubungi melalui talian 019-5022796 atau 012-4721969.

JITRA, 11 April (HPM) – Memiliki sebuah Honda Civic yang bernilai ratusan ribu ringgit tidak pernah terlintas di fikiran seorang pekerja biasa dari sebuah syarikat percetakan.

Roziah Md Zain, 42, dari Kuala Lumpur kini mampu memiliki sebuah Honda Civic dan sebuah Perodua Myvi.

Semua ini adalah hasil kejayaannya menjual produk dari Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) dan pendapatannya kini mencecah RM10 ribu sebulan.

Wanita yang berasal dari Kedah ini mula menjadi pengedar apabila percubaannya menggunakan produk Jus Mate 5 berjaya dan menjadi topik perbualan rakan-rakan serta keluarga yang kagum melihatkan perubahan beliau.

Ditanya mengenai perkembangan perniagaanya, Roziah mengucapkan rasa syukur dengan rezekinya kini. Beliau tidak pernah menyangka akan memiliki sebuah kereta bernilai ratusan ribu ringgit.

“Jika kehidupan saya yang lalu, mati hidup semula pun belum pasti saya akan memiliki kereta Honda Civic ini.

“Terima kasih kepada Datuk Dr Rozmey kerana mewujudkan rangkaian perniagaan seperti ini kepada saya dan pengedar yang lain”, katanya.