Category: Akademi Langsing dan Jutawan dR Rozmey


Peserta ALJ musim pertama

JITRA, 7 April (HPM) – Akademi Langsing dan Jutawan 2 (ALJ 2) yang diadakan tidak lama lagi telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Penyertaan pada kali ini dilihat sungguh memberangsangkan oleh pihak penganjur.

Namun begitu, menurut Eksekutif Media dan Pemasaran, Ridzuan Ahmad, walaupun banyak penyertaan kali ini, tetapi masih ramai lagi yang tidak menepati kriteria yang diwajibkan oleh pihak penganjur.

“Setiap penyertaan pada kali ini diwajibkan untuk mendaftar dalam semua laman sosial Datuk Dr Rozmey (DDR) seperti dalam Facebook, Friendster, Myspace, Twitter, Ning, dan Tagged. Tujuannya, supaya senang untuk masyarakat mengetahui berita terkini sepanjang program itu berlangsung nanti.

Seramai 10 peserta yang terpilih akan dikuarantinkan

“Pesan saya kepada sesiapa yang telah menghantar penyertaan kepada HPM, sila daftar ke semua laman sosial seperti yang telah diberitahu tadi. Jika tidak berbuat demikian, penyertaan anda akan dianggap gagal,” ujar Ridzuan tegas.

Menurutnya lagi, peserta yang mendaftar ke semua laman sosial adalah layak untuk dipilih menyertai ALJ 2 dan mereka yang telah menghantarkan penyertaan berpeluang untuk mendaftar segera di laman sosial DDR sebelum pemilihan peserta dibuat dalam masa yang terdekat ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Unit IT, Media dan Pemasaran ditalian 04-9173568 sambungan 142 atau layari laman Facebook Datuk Dr Rozmey untuk pertanyaan lebih lanjut.

Advertisements

Tidakkah anda mahu menjadi seperti mereka?

JITRA, 29 Mac (HPM) – Akademi Langsing dan Jutawan (ALJ) 2 telah mendapat perhatian ramai kerana Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) telah menerima banyak penyertaan daripada warga 1Malaysia.

Penyertaan dari pelbagai peringkat umur dan negeri menjelaskan bahawa ALJ 2 kali ini semakin mendapat perhatian selepas ALJ 1 tamat pada 7 Februari lalu.

Seramai 10 orang peserta yang layak akan dikenalpasti. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai ALJ 2, anda masih berpeluang berbuat demikian sehingga 31 Mac 2010 iaitu hari terakhir penyertaan ALJ 2 pada hari Rabu ini.

Sebarang maklumat lanjut atau untuk mendapatkan borang penyertaan, boleh layari laman ‘facebook’ Datuk Dr Rozmey atau terus ke laman web HPM di www.herbaprima.com.my atau menghubungi HPM ditalian 04-9173568/142.

Aida Farizan kini gembira dengan perubahan diri

JITRA, 18 Mac (HPM) – Joging merupakan satu kaedah senaman yang mudah dan sering dilakukan pada waktu pagi dan petang di taman-taman dan tasik.

Bagi bekas peserta Akademi Langsing dan Jutawan (ALJ) 2009 ini, Aida Farizan Othman, 27, aktiviti petangnya dipenuhi dengan berjoging di Tasik Perdana Kuala Lumpur.

Beliau kini telah berjaya memperolehi berat badan 73 kilogram (kg) daripada 92.5 kg setelah mengamalkan pemakanan yang telah disarankan ketika beliau menyertai ALJ dahulu.

Aida yang akan bercuti di Bandung, Jakarta pada hari ini berkata beliau akan mendaftarkan diri di gym selepas pulang dari bercuti nanti.

Sebelum menggunakan JM5

JITRA, 14 Mac (HPM) – Sudah sebulan lebih program Akademi Langsing dan Jutawan (ALJ) 2009 berlabuh tirainya. Namun, bagi bekas pesertanya yang masih meneruskan usaha menurunkan berat badan di rumah pula dilihat sangat memberangsangkan.

Bagi salah seorang bekas peserta ALJ, Nureni Abdullah, 27 yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka, merasakan penurunan berat badannya yang mendadak dilihat bagaikan satu mimpi.

Menurut jururawat di sebuah hospital di ibu negara ini, beliau benar-benar tidak menyangka berat badannya berkurang selepas menggunakan produk Jus Mate 5 (JM5) kerana sebelum ini beliau banyak menggunakan produk lain yang tidak memberikan kesan.

“Sebelum ini berat badan saya 92.3 kg dan ramai kawan ketawakan saya kerana melihat badan saya yang terlalu besar. Namun saya tidak pernah berasa hati kerana percaya akan berjaya menurunkan berat badan suatu hari nanti,”katanya.

Selepas menggunakan JM5

Nureni berkata, sepanjang menyertai program berkenaan, beliau bersungguh menurunkan berat badan walaupun pernah tersingkir pada minggu ketiga, tetapi Datuk Dr Che Rozmey Che Din telah memberi peluang kedua untuknya.

Walaupun program berkenaan telah lama berlalu, Nureni masih lagi menggunakan produk JM5. Sehingga kini, beliau telah turun sebanyak 18.7 kg dan beratnya sekarang ialah 70 kg.

“Dulu saya pakai seluar denim saiz 38 dan selepas menggunakan produk ini saiz seluar hanya 34 manakala kemeja-T saya boleh pakai saiz XL atau L berbanding saiz XXL,”tambahnya lagi.

Nurul Ainssa Abu pemenang ALJ 2009

JITRA, 11 Mac (HPM) – Pemilihan makanan amat penting bagi memastikan segala khasiat untuk tubuh diperolehi dengan lengkap. Jika perkara ini diabaikan, maka masalah berat badan atau kegemukan akan terjadi.

Seperti salah seorang bekas peserta dari Akademi Langsing dan Jutawan (ALJ), Nurul Ainssa Abu, 25, mengalami masalah kenaikan berat badan sejak berumur 20 tahun.

“Dahulu, saya langsung tidak menitik beratkan kandungan yang ada di dalam setiap makanan yang saya makan setiap hari.

“Saya makan saja apa yang ada asalkan saya tidak lapar lagi. Disebabkan itulah, badan saya naik dengan mendadak sekali.

“Sewaktu saya menyertai ALJ, banyak perkara telah saya belajar disana dan antaranya tentang nutrien yang perlu diambil untuk diet yang sihat”, kata pemenang ALJ 2009 ini.

Nurul Ainssa telah berjaya menurunkan berat sebanyak 20 kilogram (kg) dan beliau akan meneruskan penurunan tersebut sehingga ke tahap yang ideal.