R Rozmey Group (dRG) meluaskan rangkaian produk perniagaan dengan nmemperkenalkan tiga rangkaian produk terbaru di bawah Rozmey Healthcare iaitu Rozmey Whiteglow Collagen Drink, Rozmey Detox Drink dan Rozmey Firming & Booster Bust Up.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, sebagai permulaan, pihaknya memasarkan produk Rozmey Whiteglow Collagen Drink mulai 15 Jun lalu dan dua lagi produk akan dipasarkan secara berperingkat bermula 28 Jun ini untuk memenuhi permintaan pengguna yang mementingkan aspek kesihatan.

“Rozmey Whiteglow Collagen Drink adalah produk dimensi baru yang diformulasikan dengan ramuan semulajadi terpilih seperti Collagen, Grape stemcell, Aloe Vera dan kandungan aktif lain yang cukup efektif untuk mengekalkan keremajaan kulit, membersih, memutihkan serta mencerahkan kulit.

“Dalam tempoh sebulan pertama ini, kita mensasarkan sebanyak 5,000 set produk ini akan terjual selaras dengan permintaan di pasaran dan jenama dR Rozmey yang sudah diterima pengguna di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran produk itu, di Bandar Darulaman, baru-baru ini.

DSC_0239