Datuk Dr Che Rozmey sentiasa yakin dengan apa yang dilakukan

JITRA, 4 Mei (HPM) – Peribahasa ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’ sangat bersesuaian dengan peribadi individu ini. Baginya, setiap misi dan visinya yang dikatakan di luar jangkaan akan diteruskan tanpa berpatah balik semula kerana beliau mahu membuktikan kesungguhan kata-katanya itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata, beliau akan meneruskan perjuangannya mempertahankan perniagaannya disamping mahu membuktikan kesungguhan kata-katanya yang bukan omongan kosong seperti yang difikirkan oleh sesetengan individu.

“Segala tanggapan negatif mengenai apa yang doktor mahu lakukan, doktor tepis sahaja kerana mereka tidak tahu apa yang doktor rancang. Tunggu dan lihat sajalah kerana doktor tidak akan sesekali berpatah balik,” ujarnya.

Menurutnya lagi, beliau tidak akan sesekali menoleh kebelakang dan menjadikan segala kritikan orang lain sebagai batu penghalang kepada misi dan visinya itu. Beliau yakin, masyarakat akan diam setelah melihat kejayaan besar DDR nanti.