JITRA, 2 Feb (HPM) – Selain mempunyai warna yang cantik dan bentuk yang unik, buah strawberi amat sedap dinikmati ketika dipetik segar serta menjadi kegemaran ramai.

Buah strawberi mempunyai pelbagai khasiat . Antaranya ialah warna merah pada strawberi yang mengandungi kaya pigmen warna antosianin serta agen antioksidan yang tinggi.

CANTIK..strawberi sedap dan berkhasiat

Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.

Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.

Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.

Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.

SEGAR..sedap dinikmati selepas dipetik segar

Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.

Tetapi buah strawberi mudah tercemar dan strawberi yangsudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.