Category: Berita


JMS TERUS MENDAPAT SAMBUTAN

JITRA, 10 Julai (HPM) — Herba Prima Marketing (HPM) terus mencipta kejayaan dengan mencatatkan jualan yang tinggi bagi produk pelangsingan badan keluarannya, Jus Mate 5 (JM5).

Ketika awal JM5 diperkenalkan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) pernah mengunjurkan jualan produk pelangsingan badan ini sebanyak RM100,000 dalam tempoh sebulan.

Kini, beliau sudah membuktikan penjualan produk JM5 sudahpun berjaya mencapai lebih daripada RM100,000 setiap bulan hasil daripada strategi pemasaran yang dilakukan.

Beliau berkata, harganya agak tinggi berbanding produk herba lain kerana menggunakan bahan terbaik dan bermutu tinggi yang diperakui dunia perubatan moden yang mampu membantu melangsingkan badan secara mudah serta selamat.

“Lazimnya kita melihat produk pelangsingan badan yang dihasilkan secara tradisional dan sesetengahnya tidak dibuktikan secara saintifik serta diketahui penciptanya, berbeza dengan JM5,” ujarnya.

Beliau boleh  berbangga dengan jualan yang diperolehi dan sekaligus mengembangkan lagi cabang perniagaannya dengan meneroka bidang yang lain seperti penerbitan filem

Advertisements

JITRA, 10 Julai (HPM) — Produk keluaran Herba Prima Marketing (HPM), DR II, mendapat permintaan yang amat menggalakkan daripada pengguna sejak diperkenalkan tiga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), berkata DR II adalah khusus untuk kecantikan wajah bagi wanita dan lelaki serta diperbaharui untuk memberi kesan yang lebih baik kepada pengguna.

Beliau berkata, produk DR II dihasilkan sendiri dengan menggunakan formulasinya sendiri menggunakan ramuan terpilih seperti Astaxanthin, Hyrodlysed Marine Collagen, L-lysine dan serbuk ekstrak Acerola serta sedikit herba.

“HPM sudah menjalankan banyak testimoni menggunakan produk DR II dan ternyata ramai yang berpuas hati dengan kesan yang diterima.

“Walaupun harganya lebih mahal daripada produk lain di pasaran, pengguna akan merasai sendiri keberkesanannya serta kualitinya kerana mengandungi ramuan semulajadi yang khusus untuk merawat wajah,” katanya.

Tambah beliau lagi, produk DR II sesuai untuk semua golongan usia dari kanak-kanak berusia lima tahun hingga warga emas kerana formula yang digunakan itu dapat membantu membaiki serta melindungi sel dari memusnahkan sistem dalam badan.

daun Pueraria Mirifica dikatakan mempunyai banyak khasiat

JITRA, 9 Julai (HPM) – ‘Pueraria Mirifica’ atau ubi bidadari putih adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai ‘natural phyto-estrogen’ yang amat berkesan dalam memperlahankan proses penuaan seperti kedutan kulit, rambut, tulang dan membantu menegangkan payudara yang kendur.

Kebiasaannya, tumbuhan herba ini berasal daripada Thailand dan Myanmar yang mengandungi 13 jenis unsur kimia yang diklasifikasikan sebagai ‘phytoestrogen ‘ antaranya ‘miroestrol’,’ daidzein’,’ genistin’,’ genistein’, ‘B-sitosterol’, ‘coumestrol’,’ pueraria’,’ compestrol’, ‘mirificoumestan’, ‘kwakhurin’ dan ‘mirificin’ serta dikatakan sebagai herba awet muda adaptogenik.

Pengambilan harian ‘pueraria mirifica’ dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular secara merendahkan tahap kolesterol darah, melawan kanser payudara dan usus d samping mengatasi gejala menopaus.

‘Pueraria Mirifica’ berupaya membesarkan payudara  serta mengembangkan tisu lemak dan menegangkan ligamen di sekitar payudara yang menyokong bentuknya.

Ia turut bertindak sebagai memaksimakan aliran darah, mengekalkan tisu kolagen yang bertindak memberi kemontokkan, keanjalan dan kelembutan payudara.

Antara khasiat lain ‘Pueraria Mirifica’ ialah:

             Menganjalkan kulit yang kedut

             Melambatkan proses penuaan

             Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak

             Menegangkan payudara dan punggung yang mengendur

             Merawat masalah yang berkaitan dengan rahim

             Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi

             Mengetatkan vagina

             Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain

JITRA, 9 Julai (HPM) — Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) sentiasa menyarankan stafnya menggunakan kreativiti yang ada untuk membina kerjaya di HPM.

DDR bersama staf HPM

“Pengalaman dan segala kemahiran yang dimiliki perlu diadaptasi dalam tugasan supaya kerja yang dihasilkan berkualiti dan menepati kehendak syarikat,” ujarnya.

DDR juga sentiasa mengingatkan agar staf melontarkan idea yang bijak untuk membantu membangunkan syarikat dan menjadikan HPM sebagai satu syarikat yang terunggul.

“Beri fokus sepenuhnya terhadap kerja yang dilakukan dan sentiasa komited dengan tugasan untuk memastikan tugas yang dilakukan adalah sempurna,” katanya.

Sebagai majikan yang bertanggungjawab, DDR akan sentiasa memastikan stafnya menjalankan kerja dengan baik  dan tidak melakukan kesilapan yang boleh memberi kesan kepada syarikat.

dr101 formulasi hebat masa kini

JITRA, 9 Julai (HPM) – Sekiranya anda menghidapi masalah seperti kurang daya berfikir, pelupa, tidak fokus terhadap sesuatu perkara dan mempunyai minda yang lesu, produk keluaran Herba Prima Marketing (HPM) ada penawarnya.

Jus dR101 yang diformulasikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Herba Prima Marketing (HPM), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dicipta khas bagi mereka yang memiliki minda yang lemah.

Menurut DDR, jus ini adalah untuk merehatkan serta menyegarkan minda sekiranya minuman ini kerap diamalkan bagi mereka yang mempunyai daya fikir yang kurang.

Ramuan yang terkandung dalam produk ini juga amat membantu kepada mereka yang mempunyai masalah seperti pelupa, tidak fokus, minda lesu dan kurang daya berfikir.

Antara kandungan yang terdapat dalam dR101 ialah gingko biloba, vitamin B12, vitamin D, vitamin C dan vitamin E.

Gingko biloba merupakan ramuan herba yang amat berkesan dalam merawat masalah kekurangan daya ingatan kerana ianya mampu membaik pulih daya ingatan dengan meningkatkan pengaliran dan peredaran darah di otak.

Kekurangan vitamin B12 menyebabkan keletihan badan dan otak serta penyakit saraf sukar bercakap. Vitamin B12 membantu dalam penghasilan DNA/RNA dan sel darah merah.

Kandungan vitamin D dalam dR101 membantu dalam pertumbuhan dan sintesis otak serta penting dalam meningkatkan fungsi otak. Ia juga bertindak secara langsung pada pusat pembelajaran, daya ingatan, tingkah laku dan pusat pergerakan.

Penyelidikan juga sudah membuktikan vitamin D perlu dalam memelihara dan membantu kecergasan otak di usia tua.

Vitamin C amat penting sebagai anti-oksida yang menghalang kecederaans sel, menguatkan salur darah dan mengawal tekanan darah manakala vitamin E bertindak sebagai anti-oksida serta mampu melindungi sel saraf dari kecederaan.