POPULAR......LabeldR Rozmey menjadi satu kegilaan golongan korporat Malaysia

JITRA, 2 Ogos – “Label dR Rozmey kini mendapat perhatian dan menjadi kegilaan terhadap golongan bangsa 1 Malaysia akibat daripada pencetusan fenomena yang dilakukan oleh doktor,” ujar Datuk Dr Che Rozmey (DDR) ketika ditemuramah semalam.

Pencetusan fenomena menerusi label dR Rozmey terhadap perniagaan yang dijalankan semakin meningkat popularitinya di kalangan korporat di Malaysia.

Menurut DDR, beliau menjalankan bisnes berdasarkan acuan dan strategi tersendiri yang merupakan anugerah Allah S.W.T untuk beliau dalam menciptakan kejayaan demi kepentingan bersama.

“Tidak pernah sesekali doktor menyalahgunakan anugerah yang dikurniakan kepada doktor menghasilkan sesuatu yang menyalahi suruhan-Nya,” katanya.

Beliau berkata lagi, label dR Rozmey yang kini mula menapak di Malaysia merupakan label yang dilihat mampu bersaing dengan jenama antarabangsa.

“Untuk menjadikan label dR Rozmey setaraf label yang termuka di seluruh dunia doktor akan menggandakan usaha untuk mencapai kejayaan yang dingini.

“Jadi, sebagai permulaan doktor melancarkan untuk memperluaskan label dR Rozmey dengan mencipta pelbagai fenomena dalam dunia perniagaan yang sedia ada dan yang bakal dilancarkan.

“Insyallah semoga Allah S.W.T memberkati segala usaha yang doktor lancarkan demi melakar kejayaan di dalam kancah perniagaan yang menjadi tuntutan Islam,” katanya yang sibuk menguruskan produk dR Premier dan Slimming Suit yang bakal dilancarkan pada tahun ini.