MULIA.....Ramadhan bulan penuh keberkatan dan ganjarannya berlipat ganda sekiranya kewajipan yang dilaksanakan ikhlas sepenuh hati

SETIAP tahun seluruh umat Islam di dunia akan menyambut ramadhan Al-Mubarak yang merupakan bulan yang dituntut ajaran Islam supaya berpuasa yakni menahan lapar dan dahaga dari terbitnya matahari sehingga terbenam maahari (maghrib).

Ramadhan Al-Mubarak merupakan bulan terpilih yang mempunyai keistimewaannya tersendiri untuk golongan umat Islam mempersiapkan bekal menempuh akhirat kelak.

Pelbagai ganjaran dan kenikmatan yang berlipat ganda menanti umat Islam yang menjalankan kewajipan dan ibadah sepanajang bulan yang penuh keberkatan ini.

Ramadhan sudah semestinya dikaitkan dengan ibadah puasa yang merupakan tuntutan ajaran Islam yang ketiga iaitu berpuasa di bulan ramadhan supaya mengajarkan kita erti kesusahan yang melanda golongan manusia lain yang hidup didalam serba kekurangan dan tidak berdaya untuk menjalankan kewajipan demi memenuhi keperluan hidup.

Selain itu, bulan ramadhan juga mendidik golongan umat Islam supaya bersabar dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mendatang demi mengelakkan sebarang perlakuan yang membolehkan seseorang Muslim itu runtuh akhlaknya.

Dengan berpuasa juga Islam ingin menerangkan bahawa perbuatan ini adalah perbuatan mulia yang dianggap sebagai proses menahan serta mengawal diri membanteras nafsu yang bermaharajalela selama ini.

Jadi, segala-galanya pasti dapat dihindarkan sekiranya kita sebagai umat manusia yang bergelar Islam melakukan perbuatan ini dengan penuh keikhlasan supaya mendapat keberkatan yang tidak terhingga nikmatnya.

Disamping itu, sekiranya kita ingin memperolehi ganjaran pahala yang berganda untuk dijadikan bekalan ke akhirat kelak rebutlah peluang 10 malam terakhir pada bulan ramadhan yang diberi nama sebagai ‘Lailatul Qadar.’

Oleh itu, sempena ramadhan yang mulai ini sama-samalah kita berdoa agar Allah S.W.T mempermudahkan segalanya untuk menempuhinya supaya dapat meningkatkan pahala yang banyak di hari perhitungan nanti.

Advertisements