BUKAN MENYERAH.....Datuk K melaungkan semangat untuk kebangkitan Harimau Malaya malam ini

INILAH barisan kita iaitu skuad bola sepak kebangsaan yang sedia bertempur pada malam ni demi merebut kemenangan mutlak supaya menggorak langkah ke pusingan seterusnya sesi kelayakan Piala Dunia 2014.

Barisan anak muda bimbingan jurulatih nergara Datuk K.Rajagopal dipersiapkan dengan suntikan semangat dan corak permainan berkualiti dalam usaha menyekat pasukan Singapura pada aksi timbalbalik pada malam ini.

Malam ini dianggap sebagai malam keramat bagi sukan bola sepak tanahair kerana pertembungan kedua-dua pasukan ini memberikan impak yang begitu memberangsangkan terhadap negara dan ternyata sekali ianya jelas berlaku ketika pasukan Harimau Malaya bertandang ke Singapura minggu lalu.

Perlawanan yang dianggap sengit pada malam ini bakal berlaku kerana setiap pasukan mempunyai strategi tersendiri untuk mencipta dan melakar sejarah baru didalam arena bola sepak bagi memastikan nama negara disanjung dipersada antarabangsa.

Oleh itu, skuad Harimau Malaya kini perlu lebih fokus sepenuhnya kepada perlawanan malam ini supaya tidak mengundang sebarang permasalahan yang membolehkan pasukan lawan merobek gawang gol negara sekaligus memadamkan impian seluruh rakyat untuk melihat skuad Harimau Malaya beraksi diperingkat seterusnya.

Dalam perlawanan, bukan sahaja semangat juang yang tinggi harus ditunjukkan malahan persiapan dari segi mental dan fizikal adalah penting supaya tidak mudah memberikan keselesaan terhadap pasukan lawan memenangi perlawanan.

Jadi, teruskan perjuangan sehingga ke titisan terakhir jangan sesekali mengalah usah takut mahupun gentar dengan halangan yang bakal dilalui.serta manfaatkan peluang yang terhidang agar negara Malaysia mampu membenam Singapura malam ini.