HARIMAU MALAYA..........Masing-masing memainkan peranan penting dalam usaha memastikan anam negara dijulang dipersada antarabangsaJITRA, 26 Julai – “Skuad kebangsaan perlu membuat rombakan semula supaya kubu pertahanan tidak dapat dibolosi pasukan Singarpura,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui semalam.

Walaupun sibuk dengan bisnes yang diciptanya beliau tetap melontar sokongan padu dan sentiasa mengikuti perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Harimau Malaya itu.

Menurutnya, walaupun kecundang diratah skuad Lions itu kesemua pemain Harimau Malaya tidak perlu menunjukkan sikap kekecewaan tetapi perlu menjadikan kekalahan di Singapura sabtu lalu sebagai pembakar semangat untuk memastikan skuad Lions berputih mata.

“Tidak dinafikan corak permainan yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya kini semakin meningkat naik prestasi mereka daripada sebelumnya namun sedikit kekucaran yang berlaku menyebabkan kubu pertahanan berjaya dirobek musuh.

“Selain itu, skuad harimau Malaya juga mudah leka dengan keghairahan jaringan gol pendahulu pada setiap perlawanan yang berlangsung tanpa menyedari bahawa sifat itu boleh mengundang padah dan memberi kekalahan untuk mereka.

“Hal ini menyebabkan timbulnya persoalan mengenai motif perlawanan persahabatan dengan empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) yang diadakan sempena Asia Tour 2011,” katanya.

Beliau berkata lagi, kekalahan ditangan Singapura adalah disebabkan oleh skuad Harimau Malaya yang mengulangi kesilapan ketika menentang skuad Taiwan dulu dan ianya juga jelas membuktikan perlawanan persahabatan menentang pasukan kelab antarabangsa tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka.

“Oleh itu, tugas yang berat menanti Datuk K.Rajagopal merencanakan strategi dalam penemuan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari khamis ini demi memastikan Harimau Malaya layak ke pusingan yang seterusnya.

“Ketiadaan perancang serta penggerak utama pasukan iaitu Safiq Rahim sememangnya agak terasa namun ianya tidak menjadi penghalang kepada skuad Harimau Malaya untuk terus mengaum sekaligus membaham skuad Lions sepuas-puasnya.

“Di samping itu, doktor juga ingin menasihati kesemua pemain skuad Harimau Malaya supaya jangan terlalu mudah menyerah kalah dan patah semangat kerana setiap perlakuan yang dilakukan dengan penuh kesungguhan memberikan kejayaan yang lumayan kelak,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, kubu harus diperkemaskan lagi supaya pihak musuh tidak berjaya menembusinya dan manfaatkan sepenuhnya dengan peluang yang terhidang agar kejayaan yang dingini dirangkul sekaligus membuktikan Malaysia merupakan satu negara yang mampu bersaing setaraf dengan antarabangsa.

Advertisements