Datuk Dr Rozmey.......fenomena yang dicetuskan menerusi labelnya menjadi terkenal di Malaysia

JITRA, 24 Julai – “Label dR Rozmey kini sudah dikenali ramai khalayak umum yang terhasil akibat fenomena produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5),” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Keberkesanan produk JM5 melonjak label yang diperkenalkan olehnya menerusi pendedahan terhadap testimoni-testimoni berjaya.

Namun begitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dilihat belum lagi berpuas hati dengan kejayaan yang dikecapi dan ingin memperluaskan penjenamaan dR Rozmey di mata dunia.

Menurutnya setelah mengecapi kejayaan menerusi sentuhan beliau iaitu produk pelangsingan badan JM5 kini beliau memperluaskan bisnesnya di dalam empayar kecantikan dan kesihatan bagi membantu masyarakat terutamanya golongan wanita.

“Penghasilan produk kesihatan iaitu dR Premier yang bakal dipasaran Mac ini dilihat dapat memberikan kesan yang begitu mujarab kepada pengguna untuk mempertingkatkan kesihatan tubuh badan supaya terhindar dari penyakit yg tidak dingini,” katanya.

Beliau berkata lagi, penghasilan produk Slimming Suit pula adalah untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan dan membentuk tubuh  tampil kelihatan menarik dan cantik seperti yang diidamkan oleh golongan wanita masa kini.

“Insyallah kedua-dua produk ini bakal dilancarkan pada tahun ini kerana kini doktor sedang giat menguruskannya dan diharapkam agar dipermudahkan segala-galanya.

“Jadi, doktor melihat penghasilan kedua-dua produk ini dilihat mampu memberikan impak positif terhadap penjenamaan dR Rozmey,” katanya yang juga Presiden dR Group (dRG).