ABDI.....Seharusnya kita patuh dan tunduk kepada Allah S.W.T

Hari Jumaat merupakan hari istimewa yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada umatnya yang hidup di muka bumi sebagai pinjaman ini.

Di dalam Al-Qur’an dan Hadith juga telah menyatakan bahawa hari Jumaat mempunyai keberkatannya tersendiri kerana berlaku pelbagai peristiwa penting di dalam sirah Islam.

Peristiwa-peristiwa yang tercatat menyimpan seribu satu pengajaran untuk umat manusia sebagai pedoman hidup demi meneruskan perjalanan hidup menuju alam akhirat.

Iktibar yang cukup bermakana itu seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya supaya ianya dicontohi dalam usaha mengelakkan kita umat manusia terjerumus di dalam kancah dosa.

Sebagai bukti bahawa hari Jumaat itu teristimewa adalah Allah S.W.T meletakkan bahwa hari Jumaat merupakan penghulu segala hari berbanding hari lain.

Antara peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat adalah Allah meletakkannya sebagai hari Kiamat iaitu hari pengakhiran dunia  sebelum seluruh umat manusia menghuni alam akhirat kelak.

Sentiasalah kita mengingati bahawa setiap kejadian aturan Maha pencipta itu mempunyai nilai dan hikmahnya tersendiri. Jadi ianya adalah sebagai peringatan untuk kita yang hidup supaya tidak tergolong di dalam neraka jahanam.

Oleh itu, janganlah sesekali kita lupa dan melanggar segala perintah Allah S.W.T kerana tiada yang lagi Maha Berkuasa selain-Nya dan sekiranya kita tunduk dan patuh kepada-Nya maka DIA menjanjikan kemanisan yang tidak ternilai untuk kita