SLIMMING SUIT.....Idaman wanita masa kini dalam usaha mendapatkan bentuk badan yang menarik

JITRA, 18 Julai – “Antara produk terbaru yang bakal dilancarkan dan menembusi pasaran tahun ini oleh dR Group (dRG) ialah Slimming Suit yang berfungsi untuk membantu pengguna untuk mendapatkan bentuk tubuh yang lebih menarik,” ujar Datuk Dr Che Rozmey ketika ditemui tadi.

Menurut Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) produk Slimming Suit sudah menembusi pasaran Asia iaitu Jepun dan Korea serta bakal berada dipasaran Malaysia juga selewat-lewatnya tahun ini.

“Dengan adanya produk kesihatan Slimming Suit ini ianya akan membantu pengguna membentuk potongan badan yang cantik secara semula jadi dan pemakaian setiap hari dalam jangka masa panjang akan mengembalikan bentuk badan cantik tanpa kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata lagi, produk ini juga berfungsi untuk membentuk punggung, payudara, mengurangkan saiz pinggang serta melangsingkan pinggul seperti yang di idam-idamkan setiap wanita masa kini.

“Disamping itu, Slimming Suit ini juga mempunyai infra merah bagi melancarkan pengedaran darah, menyingkirkan lemak dan mencegah badan daripada berbau serta ianya direka untuk menyokong tulang belakang dan bahagian rusuk.

“Produk yang berkualiti tinggi ini bukan sahaja memberikan tahap kesihatan diparas yang stabil malahan memberikan keselesaan tanpa mengundang sebarang kemudaratan untuk tubuh badan.

“Oleh itu, dengan harga yang berpatutan iaitu RM 2450 boleh meberikan kepuasan terhadap pengguna dan merasai pelaburan yang dilakukan itu membuahkan hasil yang amat memberangsangkan,” katanya lagi.