HARIMAU MALAYA.....Prestasi skuad kebangsaan dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa

SYABAS Malaysia!Thumbs Up! Inilah yang seharusnya diucapkan demi menghargai skuad kebangsaan dalam melalui liku-liku perlawanan bola sepak persahabataan ketika menentang Liverpool yang memiliki pemain yang berpotensi.

Walaupun ianya sekadar persahabatan kita tidak perlu mengambil mudah kerana pasukan yang ditandingi bukannya calang-calang pasukan.

Kekalahan skuad harimau Malaya 3-6 di tangan Liverpool bukannya dianggap memalukan namun apabila dicongak kembali ianya berbeza ketika skuad Harimau Malaya menentang Arsenal beberapa hari lalu.

Inilah seluruh rakyat Malaysia mahukan daripada kesemua pemain kebangsaan kita iaitu semangat tidak mengenal erti putus asa dan senantiasa meningkatkan prestasi diri dari semasa ke semasa sebagai usaha menjanjikan kejayaan untuk negara.

Sedarlah bahawa negara perlukan pemain-pemain seperti anda (skuad Harimau Malaya) untuk mengembalikan era kegemilangan suatu ketika dahulu dimana nama Malaysia menghantui seluruh Asia di dalam kancah bola sepak.

Sedikit demi sedikit perubahan yang dilakukan oleh skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K.Rajagopal menerkam mangsa-mangsa yang mencabari mereka.

Percaturan dan strategi menarik jurulatih negara dilihat memberikan impak baru dalam meniti arus kemajuan bola sepak tanahair supaya berkembang pesat seiring dengan negara luar.

Selain itu, semangat juang serta kesungguhan kesemua pemain dilihat memberikan persembahan terbaik untuk membantu segala percaturan dan strategi yang dirancang supaya perjalanan untuk mencapai kejayaan itu berhasil sekaligus mengharumkan nama negara.

Disamping itu, benar jua kata pepatah pengalaman banyak mendewasakan manusia dan inilah juga yang berlaku terhadap skuad kebangsaan yang memperolehi ilmu pengajaran hasil daripada perlawanan-perlawanan sebelumnya.

Oleh itu, masih ada lagi kesilapan kecil yang harus diperbaiki dan janganlah anda (skuad kebangsaan) leka kerana kelekaan itu bakal mengundang padah. Jadi, hati-hatilah supaya corak permainan dan prestasi diri sentiasa mempunyai peningkatan kerana perjalanan kita masih panjang.

Advertisements