Datuk Dr che Rozmey........Manfaatkan sepenuhnya perkhidmatan internet yang ada untuk memajukan bisnes

JITRA, 17 Julai –  “Insan yang cemerlang di dalam bisnes adalah merupakan seseorang individu yang bijak dengan melahirkan kreativiti dalam usaha mempelbagai kejayaan yang dingininya,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Arena globlalisasi kini adalah dunia yang diliputi dengan segala kemudahan seperti jalur lebar internet demi mempertingkatkan pengetahuan di dalam kehidupan seharian.

Menurut DDR, era globalisasi kini internet yang dikenali ramai tentang maklumat tanpa sempadan menjadi keutamaan kepada golongan yang menjalankan perniagaan untuk memajukan produk mereka dari semasa ke semasa.

“Jadi, kuasa ajaib disebalik kejayaan yang doktor kini adalah dengan cara memanfaatkan teknologi yang diperkenalkan di era ini dengan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata lagi, teknologi ini digunakan oleh DDR untuk memperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang kehebatan pelbagai produk yang dihasilkan.

“Sehubungan itu, demi mempertingkatkan kualiti produk yang diperkenalkan doktor juga menghebahkan perkhidmatan dR Rozmey menggunakan ICT bagi membantu pengguna menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan.

“Medan ICT terbukti menjadi medan terbaik memasarkan jenama dR. Rozmey di kalangan pengguna dan kadar celik IT di negara ini turut meningkat berikutan usahawan dR Group (dRG) menjadikannya sebagai laman maya untuk memasarkan produk dRG,” katanya lagi ketika ditemui.