dRPLACES..........Medium pengiklanan yang mampu memberikan promosi hebat untuk kejayaan bersama

JITRA, 12 Julai – “Medium enjin carian dR Places adalah perkhidmatan rangkaian pengiklanan yang terbaik di arena 2011 ini,” jawab Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditanya mengenai penubuhan dR Places yang menyediakan ruangan pengiklanan untuk khalayak umum.

Beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bisnes online yang dicipta demi memperluaskan empayar dR Rozmey keseluruh dunia.

Menurut Presiden dR  Group (dRG) ini, pelbagai kelebihan yang bakal diperoleh dengan menggunakan servis dR Places.

“Dengan penggunaan dR Places pelanggan boleh menjimatkan masa, modal, tenaga dan idea dalam usaha untuk mempromosikan bisnes yang dianjurkan oleh mereka.

“Bukan itu sahaja malah servis yang ditawarkan lebih sistematik dan berkesan melalui proses pengurusan pengiklanan secara automatic berbanding rangkaian pengiklanan yang lain,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, dR Places juag mempunyai keunikannya tersendiri dalam memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan yang ingin melakar kejayaan yang berlipat ganda.

“Keunikan yang terdapat dalam sistem dR Places adalah menyediakan integrasi peta dunia semasa membolehkan pelanggan-pelanggan melihat kawasan yang diiklankan secara terus melalui pembentangan GoogleMap.

“Selain itu, dR Places juga menawarkan ruang iklan berbayar dan tidak berbayar yang sudah dimuatkan di laman sesawang www.dRPlaces.com mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Disamping itu, dR Places juga menyediakan sistem penyelenggaraan akau dan rekod pengiklanan bagi memudahkan pelanggan-pelanggan untuk membuat rujukan mengenai pengiklanan yang telah dibuat.

“Jadi, inilah kelebihan Unit Media dan ICT yang menjadi tulang belakang doktor bersama-sama usaha untuk menyebarkan fenomena dR Rozmey untuk kepentingan bersama,” katanya ketika ditemuramah dipejabat beliau.