MAKSIAT.....Perbuatan keji yang dimurkai oleh Allah S.W.T

Ya Allah..

Sudah tidak daya lagi rasanya untukku menanggung beban amanahMu. tapi aku belum bersedia utk mati hari ini.

Sudah tidak mampu lagi menggunakan mata yang Kau pinjamkan ini di atas dosa-dosa maksiat yang tidak terbatas. tapi aku juga tidak sanggup untk hidup sebagai si buta..

Sudah tidak upaya lagi menggunakan lidah dan aqal pemberianMu ini kerana kerap kali memandunya pada jalan perpecahan dan permusuhan. namun aku tidak juga rela hidup seperti si bisu apatah lagi gila.

Sudah tidak daya aku menggunakan tangan dan kaki ini kerana hmpir stiap saat, arahnya hanya tertumpu kepada maksiat. namun aku juga tidak rela menjadi si kudung.

Sesungguhnya tidak layak bagiku untuk meminta syurgaMu. tapi aku akui bahawa tidak sanggup untukku menahan bakaran api nerakaMu..

Ya Allah…
Selamatkanlah diriku, keluargaku dan seluruh kenalanku dari kalangan muslimin juga muslimat. Jauhkan kami dari fitnah dunia yg ‘membutakan’ penglihatan hati kami.