Datuk Dr Che Rozmey.......Perancangan baru dalam usaha memasarkan produk terbaru iaitu dR Premier

JITRA, 8 Julai – “Doktor kini lebih bersemangat untuk mencipta pelbagai kejayaan demi mempertingkatkan usaha untuk bergelar billionaire,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Beliau dilihat mempunyai semangat baru untuk melakar sejarah di dalam dunia perniagaan selepas selesai merencanakan strategi bisnesnya.

Menurut DDR, beliau lebih berkeyakinan untuk melakukan fenomena menerusi label dR ROzmey sekaligus memperluaskan empayar perniagaan untuk memberikan kepentingan bersama terhadap golongan bangsa 1 Malaysia.

“Sebelum berusaha untuk melakar kejayaan doktor mengabdikan diri kepada Allah S.W.T demi mempermudahkan pelbagai urusan supaya semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata lagi, pelbagai idea kreatif memenuhi kotak pemikiran fikirannya sejak permulaan dalam perancangan bisnes sehinggalah hari ini.

“Jadi, doktor akan usahakan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran supaya menjadi ikon terhadap golongan bangsa 1 Malaysia agar membuatkan sejarah bakal tercipta sekaligus membanggakan negara Malaysia.

“Oleh itu, kepada masyarakat yang ada doktor mengharapkan sokongan anda semua untuk terus bersama-sama doktor menghasilkan kejayaan baru yang dikagumi oleh negara luar kelak,” ujar Presiden dR Group (dRG) itu.