Datuk Dr Che Rozmey..........Perancangan yang mantap memberikan kejayaan yang berlipat ganda pada masa hadapan

JITRA, 8 Julai – Syarikat dR Group (dRG) yang penaungnya terkenal dengan produk kesihatan dan kecantikan kini gah berdiri menguasai bandar Jitra Kedah.

Pelbagai kejayaan yang melipat ganda diraih menerusi pencetusan fenomena label dr Rozmey dalam usaha mempetingkatkan bidang bisnes yang diceburi.

Kejayaan yang dirangkul ini adalah hasil daripada usaha dengan sifat semulajadi dan teristimewa yang terdapat pada pemilik nama dR Rozmey itu sendiri iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang menghasilkan pelbagai fenomena dR Rozmey kepada rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dR Group (dRG) Encik Rizdwan Ahmad akibat daripada sifat-sifatnya yang ditunjukkan dalam menghasilkan pelbagai kejayaan beliau kini diteladani oleh seluruh warga dRG.

“Penerapan kejujuran dan keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara menjadi pegangan utama warga dRG untuk meningkatkan prestasi kerja dan memajukan diri dalam aspek kerjaya,” katanya.

Beliau berkata lagi, DDR menanam visi untuk menjadi seorang billionaire yang disegani dan juga diteladani oleh masyarakat mengenai kejayaan yang dihasilkan.

“Oleh itu, perkara sebegini merupakan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan yang bukan sahaja untuk kepentingan syarikat malahan untuk mereka juga yang berada di bawah naungan dR Rozmey.

“Jadi, usaha yang dilakukan ini adalah untuk membina kejayaan selaras dengan konsep fenomena dR Rozmey yang dihasilkan untuk kepentingan bersama,” katanya lagi.

Advertisements