BARU.......dR Group bakal menapak di lokasi terbaru

JITRA, 7 Julai – Percaya atau tidak? Namun inilah sifat Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang semakin hari tampak bersemangat dalam mewujudkan cetusan fenomena untuk memperluaskan empayar perniagaannya.

Beliau yang kini memperoleh kejayaan menerusi penangan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) membeli sebuah bangunan baru di Jitra, Kedah sebagai cawangan baru dalam usaha melebarkan label dR Rozmey dari semasa ke semasa.

Menurut Presiden dR Group (dRG) itu, perundingan mengenai pembelian bangunan baru itu sudahpun dimeterai dan sebaik sahaja mendapat kelulusan sepenuhnya beliau akan mempertingkatkan kualiti strategi yang dicipta dalam memajukan bisnes menerusi kemudahan jalur lebar hari ini.

“Dahulunya organisasi yang doktor cipta ialah Herba Prima Markeing Sdn Bhd (HPM) namun kini selepas pencetusan fenomena yang doktor cipta menempa kejayaan ianya dijadikan sebagai dR Group (dRG) yang tampak lebih eksklusif dan selaras dengan konsep menaikkan label ke pelusuk tanahair.

“Penukaran dari HPM ke dRG adalah merupakan satu proses untuk melakukan perubahan di dalam bisnes supaya lebih mantap dan bermutu dari sebelumnya,” katanya.

SESUAI......Cawangan baru ini bakal memberikan kemajuan di Bandar Jitr, Kedah

Beliau berkata lagi, walaupun perubahan yang dilakukan ini tampak drastik namun ianya disambut baik oleh para pengguna dan pengedar sah produk keluaran beliau.

“Oleh itu, tidak menjadi permasalahan terhadap perubahan yang dilakukan ini dan ternyata jelas menunjukkan sekiranya ini menjadi permasalahan produk keluaran doktor yang berkualiti ini tidak mencapai sasaran yang diluar jangkaan.

“Selain itu, usaha ini bukan semata-mata untuk dipersembahkan kepada bangsa 1 Malaysia mengenai kekayaan yang doktor miliki namun sedikit sebanyak doktor ingin berkongsi cara untuk lebih maju dalam bidang bisnes yang doktor usahakan.

“Jadi, tiada gunanya jika ilmu yang doktor perolehi tidak dikongsikan bersama bangsa doktor kerana inilah yang seharusnya dilakukan dan agama tidak sesekali membangkang umatnya berkongsi ilmu bahkan lebih menggalakkannya supaya mendapat kesenangan bersama kelak,” ujarnya lgi ketika ditemui hari ini.