Datuk Dr Che Rozmey.......dRWorld Brand bakal menjadi nama terkemuka di pasaran dunia

JITRA, 4 Julai – Label dR Rozmey yang kini menapak di Malaysia dilihat standing dengan label yang tersohor di antaranbangsa seperti Louis Vuitton (LV), Calvin Klein (CK) dan Gucci.

Ini adalah kerana hasil usaha dan pemikiran pemilik jenamanya yang menghasilkan pelbagai fenomena yang luar biasa berbanding ahli perniagaan yang lain.

Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkata dalam usaha untuk mencapai jenama dR Rozmey di setaraf dengan antarabangsa tahap keyakinan yang tinggi sememangnya amat diperlukan yang bertindak sebagai kekuatan untuk melakarkan kejayaan.

“Dengan adanya keyakinan yang tinggi doktor mampu menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan sekaligus dapat bersaing dengan label tersohor antarabangsa.

“Label dR Rozmey ini bakal menjadi kegilaan rakyat dan berdiri megah diserata dunia melalui pelan pemasaran online yang doktor cipta,” katanya.

Beliau berkata lagi, keterujaan bakal melanda rakyat 1 Malaysia untuk mendapatkan label dR Rozmey walaupun harganya berbilion ringgit seperti jenama lain yang tersohor diantarabangsa.

“Jadi, doktor ingin mengetengahkan produk serta memperluaskan empayar perniagaan doktor yang mempunyai keunikan, keunggulan dan tiada tandingannya menerusi kejayaan yang luar biasa ini.

“Disamping itu, dalam usaha memperluaskan empayar label dR Rozmey ini doktor bakal memasarkan produk terbaru keluaran dRG iaitu dR Premier dan dR Slimming Suit pada tahun ini,” katanya lagi.