SEKAT....Badrul Bakhtiar merupakan salah seorang tonggak utama skuad Harimau Malaya

DARI sudut namanya pun sudah cukup gah untuk iaitu skuad yang melambangkan keberanian dan semangat yang tinggi untuk dipersembahkan terhadap dunia luar.

Skuad bolasepak kebangsaan kendalian jurulatih K.Rajagopal kini berhadapan dengan saat-saat genting untuk memastikan mereka menang dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Taiwan petang ini.

Namun berbalik kepada perkara asas, skuad negara tidak boleh hanya mempersiapkan diri dengan semangat yang jitu dan keberanian yang ada tetapi faktor perancangan strategi untuk memastikan kemenangan juga perlu dititikberatkan.

Saat-saat inilah merupakan peluang keemasan untuk menjulang nama Malaysia gah dipersada antarabangsa sekaligus membuka mata dunia bahawa walaupun negara Malaysia adalah sesebuah negara yang kerdil tetapi mampu memberikan tentangan hebat kepada negara luar.

Watak utama yang dipertanggungjawabkan kepada jurulatih negara perlu memainkan peranan penting dalam memastikan setiap anak buahnya sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang  bakal berlaku pada petang ini.

Selain itu, para pemain juga diingatkan bahawa mereka bukan hanya membawa nama Malaysia tetapi membawa harapan dan impian rakyat Malaysia untuk dibanggakan di seluruh dunia di dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Rakyat percayakan anda! Seharusnya anda perlu fikirkan bahawa anda sedang menggalas berjuta-juta harapan rakayat yang bukan membebankan anda tetapi tanggungjawab untuk memastikan andalah perwira rakyat Malaysia yang patut dibanggakan kelak.

Perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil lalu sudah menerangkan bahawa permaianan mutu bolasepak negara kini semakin meningkat naik namun sedikit kelekaan membuatkan gawang gol negara dibolosi.

Walaubagaimanapun diharapkan agar kesemua pemain bakal mempamerkan aksi cemerlang petang ini walaupun kemenangan berpihak kepada Malaysia ditempat sendiri waspadalah bahawa Taiwan sedang merencanakan strategi baru mereka.

Oleh itu, bangkitlah seluruh warga 1 Malaysia memberikan sokongan padu untuk skuad negara berjuang mempertahankan negara dan kepada skuad Harimau Malaya jangan sesekali terleka kerana kemenangan anda yang tentukan.Malaysia Boleh!Malaysia Boleh!Malaysia Boleh!