BERKAT...........Hari Jumaat adalah hari yang dilimpahi dengan keberkatan Allah S.W.T berbanding hari-hari lain

Hari Jumaat ataupun hari yang digelar Saiyyidul Ayyam (penghulu segala hari) merupakan hari pilihan Allah S.W.T dalam meletakkan kelebihan dan keistimewaan yang tidak terhingga berkatnya.

Antara peristiwa-peristiwa yang dianggap penting untuk umat Islam mengenai hari Jumaat dalam usaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan mengenai sirah Islam adalah:-

  • Dijadikan nabi Adam dan hari turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
  • Terjadi hari Kiamat selepas tiupan sangkakala.
  • Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
  • Pernikahan antara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
  • Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
  • Pernikahan antara Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
  • Pernikahan antara Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Khadijah
  • Pernikahan antara Rasulullah S.A.W dengan Siti Aisyah
  • Pernikahan Sayyyidina Ali as dengan Siti Fatimah

Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi.