MALAYSIA.......Membawa harapan rakyat bahawa skuad kebangsaan harus dibanggakan oleh mata dunia

JITRA, 1 Julai – “Jangan leka, manfaatkan peluang sekiranya terhidang.” Ungkapan semangat serta nasihat Datuk Dr Che Rozmey (DDR) yang mengharapkan agarskuad Harimau Malaya pulang dengan kejayaan.

Perlawanan aksi kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia bakal berlangsung di Stadium Perbandaran Taipei Ahad ini.

Menurut Datuk Dr Che Rozmey, berkemungkinan skuad kebangsaan bakal menghadapi sedikit tekanan kerana perlawanan ini berlangsung di tempat lawan dan ianya menjadi satu kelebihan untuk mereka lebih agresif dalam mencari kemenangan.

“Walaupun di Stadium Nasional, Bukit Jalil skuad kebangsaan memperolehi kemenangan tetapi latihan perlu dijalankan kerana masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki oleh jurulatih negara Datuk K.Rajagopal.

“Selain itu, doktor juga ingin menguarkan sedikit pendapat bahawa skuad Harimau Malaya jangan sesekali leka dengan perolehan gol kerana ini bakal mengakibatkan suatu kesalahan besar di dalam setiap perlawanan penting,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, corak dan strategi formasi harus ditingkatkan lagi demi mengelakkan kubu supaya tidak ditembusi oleh pemain skuad Taipei.

“Mereka (Harimau Malaya) perlu bersungguh-sungguh dalam memastikan gawang gol negara kita tidak dapat dibolosi dengan mudah sebaliknya mencuri peluang serta memanfaatkannya agar memperoleh gol sekaligus memadam semangat skuad Taipei.

“Oleh itu, skuad Harimau Malaya perlulah bersedia dan lebih berdisiplin supaya perancangan strategi yang dilakukan berjalan lancar ketika menentang Taiwan nanti.

“Kalah atau menang itu adalah adat permainan tetapi anda (Harimau Malaya) perlu sedar kerana anda sedang membawa harapan rakyat Malaysia yang inginkan sesuatu untuk dibanggakan yang penting anda perlulah mempamerkan aksi cemerlang untuk membuka mata duni bahawa inilah Malaysia,” ujarnya ketika ditemui hari ini.