MALAYSIA........Perlukan kekalkan persembahan terbaik agar skuad negara bakal menjadi bualan dunia

PERLAWANAN Malaysia menentang pasukan Taiwan malam tadi dilihat seperti memberi nafas baru untuk skuad Harimau Malaya untuk membuktikan bahawa negara yang sekerdil Malaysia mampu bersaing diperingkat antarabangsa.

Kesemua pemain skuad kebangsaan itu mempamerkan aksi cemerlang dan berkeyakinan yang memberi amaran bahawa skuad negara hari ini agak berbisa dari sebelumnya.

Peratusan perlawanan dilihat menyebelahi skuad kebangsaan kerana menonjolkan prestasi yang begitu mengagumkan serta menjadikan ianya satu kebanggaan kepada peminat setia bolasepak tanahair.

Jelas pengawalan bola yang mantap hasil percaturan dan strategi kreatif jurulatih kebangsaan Datuk K.Rajagopal memberi suntikan baru kepada kesemua pemain untuk lebih matang dalam arena bolasepak.

Ternyata ianya terbukti ketika gol pembukaan yang dijaringkan oleh Safiq Rahim di minit ke-28 memecahkan benteng pertahanan lawan hasil rembatan deras dari luar kotak penalti menyukarkan  Lin Po Cheng menyelamatkan bola menerjah ke gawang.

Kemudian, Aidil Zafuan Razak menggandakan gol menjadikan kedudukan 2-0 yang berjaya menghidu peluang menanduk bola ke gawang gol hasil sepakan penjuru.

Namun kegembiraan itu hanyalah seketika apabila Chen Po-Liang mudah menjaringkan akibat kealpaan pemain negara yang sedang asyik menikmati kegembiraan dengan jaringan gol sebelumnya.

Walaupun pasukan Taiwan tewas dengan kekalahan 1-2 ditangan Malaysia ianya cukup memadai buat mereka (Taiwan) kerana kelebihan jaringan ditempat lawan.

Jadi, ini memberikan satu laluan sukar untuk Malaysia dan skuad kebangsaan itu perlukan mengekalkan prestasi serta jangan sesekali leka kerana perlawanan berbaki 90 minit lagi untuk menentukan siapa yang menang.