KERJASAMA.......Sikap yang menjadi kebiasaan kalangan Unit Media ICT dan Pemasaran untuk menjulang nama dR Rozmey

JITRA, 29 Jun – Herba Prima Marketing Sdn bhd (HPM) yang kini dikenali sebagai dR Group  (dRG) dilihat menjadi kebanggaan penduduk utara tanahair.

Hal ini adalah kerana pencetusan fenomena menerusi label dR Rozmey terhadap produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang terbukti berjaya mengurangkan berat badan golongan obesiti di negara ini.

Menurut DDR, dR Group (dRG) saban hari dilihat semakin maju dalam menghasilkan pelbagai produk yang memberikan keajaiban terhadap penggunanya.

“Kejayaan ini juga adalah hasil usaha keras oleh Unit Media, Teknologi Komunikasi Massa dan Maklumat (ICT) dan Pemasaran yang menjadi tunjang utama meraih kejayaan dRG.

“Dengan adanya Jabatan Media ini membolehkan segala maklumat yang berkaitan dengan dRG iaitu bisnes, kesihatan, testimoni, kejayaan pengedar dan kejayaan doktor sendiri dapat dikongsikan bersama masyarakat di luar,” katanya.

Beliau berkata lagi, semua maklumat ini dipaparkan menerusi laman web utama dRG yang dikendalikan petugas yang komited dan bersungguh-sungguh dalam tugasan mereka.

“Ini juga merupakan kebanggaan bagi dRG dalam memperkasakan dan memperkukuhkan lagi tiang syarikat untuk tampil lebih maju pada masa akan datang.

“Selain itu, dengan adanya bisnes menerusi kelebihan ICT yang doktor cipta ini membolehkan label dR Rozmey akan tersebar diseluruh tanahair dan antarabangsa,” tambahnya ketika ditemuramah dipejabat beliau.