TF3......Filem yang menjadi igauan seluruh dunia yang memberikan impak yang begitu hebat

PUJIAN yang begitu mengagumkan, memukau serta mempersonakan. Inilah reaksi penonton ketika keluar dari panggung wayang seluruh tanahair selepas tayangan filem Transfomers 3 yang ditayangkan serentak seluruh negara.

Penceritaan yang boleh dianggap melibatkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan kehidupan, percintaan, kesedihan dan aksi yang mengagumkan memberikan satu fenomena untuk seluruh dunia merasainya.

Kebijaksanaan Michael Bay serta sekutunya Steven Spielberg berjaya memberikan satu impak menerusi pencetusan filem Transfomers 3 terhadap seluruh dunia mengenai kecanggihan teknologi masa kini mampu memberikan sejuta harapan untuk manusia meneruskan kehidupan.

Satu perangkaan yang boleh dianggap pemikiran di luar kotak memberikan inspirasi yang cukup tinggi dalam menghasilkan karya luar biasa sekaligus mengangkat serta menjulang nama mereka dipersada antarabangsa.

Namun kehadiran pengarah serta pengarang sebegini menghasilkan karya yang berkualiti tinggi sudah jelas membuktikan bahawa suntikan vaksin yang diberikan menerusi filem meninggalkan kesan serta menjadi fenomena seluruh dunia.

Walaubagaimanapun filem yang digarap ini begitu menghiburkan tetapi sedar tak sedar inilah yang dikatakan usaha manifesto barat menghasilkan karya untuk diagungkan seluruh dunia bahawasanya mereka adalah hero dunia.

Propaganda yang banyak mengagungkan United State (US) atau sekutu dengannya dimuatkan di dalam filem ini untuk santapan seluruh dunia. Perangkaan propaganda yang dilakukan oleh barat terhadap karya filem yang dihasilkan jelas sekali meliputi keseluruhan filem.

Kecanggihan teknologi yang mampu menghasilkan Autobot dan Decepticon sudah jelas menerangkan bahawa kecanggihan teknologi barat yang dihasilkan adalah terbaik dan tidak mampu ditandingi oleh negara-negara luar.

Bukan itu sahaja malahan mereka juga mengetengahkan informasi mengenai penaklukan ruangan alam semesta bahawa mereka adalah yang pertama menakluki berbanding negara lain. Sebagai bukti jelaslah ketika babak penghantaran manusia pertama ke bulan membawa bendera US disaksikan berjuta penonton.

Inilah yang dikatakan sebagai propaganda filem barat yang mengagungkan bahawa mereka adalah yang terbaik dan mereka juga menganggap tiada yang hebat melainkan mereka. Antaranya yang dapat dilihat setiap kali misi penting mahupun kemenangan sesuatu peperangan bendera yang menjadi kebanggaan itu mesti fokuskan dengan megahnya berkibar.

Jadi, kita sebagai bangsa 1 Malaysia perlulah mencari penyelesaian bagaimana untuk kita perlu seiring serta berdiri setaraf dengan mereka yang membuatkan mereka dipandang tinggi seluruh dunia.