PROMOSI....Datuk Dr Che Rozmey juga menggunankan laman dR Places untuk majukan bisnesnya

JITRA, 28 Jun – “Enjin carian dR Places kini menawarkan kepada sesiapa sahaja yang ingin mempromosikan barangan atau produk keluaran formulasi mereka sendiri,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Penubuhan enjin carian dR Places menerusi label dR Rozmey mampu memberikan perkhidmatan terbaik yang bertindak sebagai fungsi bagi mempromosikan barangan mahupun produk pelanggan.

Menurut DDR, pelan bisnes yang dicipta oleh beliau adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada pendatang ahli perniagaan baru untuk mencipta kejayaan melalui cara mereka tersendiri.

“Dengan penggunaannya yang sistematik ianya membolehkan pelanggan-pelanggan menggunakan ruangan dR Places untuk mempromosikan produk keluaran mereka secara percuma,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, sistem dR Places merupakan suatu sistem pengiklanan yang berbeza daripada enjin carian lain kerana ianya lebih sistematik dan mempunyai kelebihan serta keunikannya tersendiri.

“Kaedah yang mudah, cepat dan menjimatkan kos membolehkan promosi yang dilakukan meliputi rangkaian seluruh dunia.

“Selain itu, dR Places juga menyediakan google Map secara online bagi memudahkan pelanggan mengetahui kawasan khusus untuk mereka mempromosikan produk keluaran mereka.

“Jadi, sekiranya anda berminat untuk mempromosikan segala barangan anda, anda hanya perlu melayari dan mendaftar di www.drplaces.com segala perincian maklumat pengikalanan boleh didapati di laman maya itu,” katanya lagi.