DOC-K.............antara produk yang mampu memberikan nafas baru untuk

JITRA, 26 Jun – “Masalah anda keutamaan kami.” Inilah yang menjadi konsep dR Group (dRG) dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk golongan yang memerlukan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Penghasilan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi keluaran dRG dilihat menepati citarasa kehendak masyarakat yang mempunyai permasalahan penyakit kronik yang semakin menular kini.

Menurut Presidennya, pihak dR Group merupakan sebuah organisasi yang menekankan sikap keprihatinan terhadap masyarakat yang terdedah dengan pelbagai penyakit kronik.

“Menjadi tanggungjawab pihak dRG dalam memastikan tahap kesihatan terhadap masyarakat berada di dalam keadaan baik kerana pihak dRG merupakan sebuah organisasi yang menghasilkan produk kesihatan untuk setiap masalah penyakit.

“Penyakit tidak mengenal umur mahupun jantina dan merebak disebabkan oleh kecuaian seseorang itu terhadap kesihatan tubuh badan,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, menyedari hakikat bahawa masyarakat kini mengendahkan tahap kesihatan tubuh badan mereka beliau menjalankan kajian dalam menghasilkan produk kesihatan yang dirumuskan dari herba demi membantu merawat segala penyakit.

“Namun, segala usaha itu membuahkan hasil kerana kesemua produk kesihatan yang dihasilkan oleh doktor boleh dilihat dan dikongsikan kepada khalayak umum menerusi testimoni-testimoni yang telah berjaya.

“Bermulanya dari produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang dirumuskan khas demi membantu golongan obesiti mendapatkan bentuk tubuh yang dingini.

“Kini kesemua produk yang diciptakan menerusi fenomena label dR Rozmey menjadi tarikan dan igauan untuk bangsa 1 Malaysia kerana kemujaraban produk itu memberikan nafas baru kepada khalayak untuk kembali normal,” katanya lagi di pejabat beliau.

Tambahnya lagi, beliau berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya menginginkan produk doktor yang asli mereka boleh melayari www.herbaprima.com untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai produk supaya tidak terjebak dengan produk tiruan yang mendatangkan kemudaratan kelak.