GAH....tugu 5 keris yang dibina setinggi 20 meter melambangkan pemerintahan 50 tahun Sultan Abdul Hali Mu'adzam Shah

TUGU peringatan ataupun lebih dikenali sebagai Taman Jubli Emas yang dibina pada hari Selasa tanggal 9 September 2008 adalah dilihat sebagai simbolik untuk kesultanan Melayu Kedah sejak dahulu kala.

Taman Jubli Emas juga di bina adalah sempena ulang tahun ke-50 pemerintahan penguasa 27 Kedah, Sulatan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang lokasinya terletak di jalan Suka Menanti di pinggiran bandaraya Alor Setar.

Perasmian yang penuh upacara gilang gemilang dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sendiri sebagai tanda terima kasihnya terhadap rakyat menyokong dan sentiasa mendoakan keberkatan sepanjang pemerintahannya.

Mercu lima batang keris yang tersergam indah berdiri di ketinggian 20 meter itu menandakan kerajaan Tuanku Abdul Halim selama 50 tahun memerintah.

Taman Jubli Emas yang berkeluasan 20 hektar itu di bina dengan penuh keunikan dan kreativiti yang melambangkan kedaulatan sultan Melayu abad ini bertindak sebagai peneraju untuk membela maruah, bangsa serta negeri Kedah yang tercinta.

KEUNIKAN.......ukiran setiap pelusuk Jubli Emas penuh dengan simbolik kesultanan Melayu

Selain itu, tugu keris yang dibina di keliling oleh ukiran pameran batu sebanyak 28 ukiran yang melambangkan sejarah penguasa 28 di Kedah semenjak dari pemerintahan dahulu sehingga ke hari ini.

Sebanyak RM40 milions diperuntukkan untuk membina taman ini yang sebahagiannya dibiayai oleh sektor swasta dan kerajaan. Pelbagai kemudahan asas yang disediakan disini demi memudahkan sesuatu program dijalankan.

Disamping itu, kemudahan lain juga turut disediakan oleh taman jubli seperti taman permainan kanak-kanak, bangku rehat dan tempat letak kereta yang boleh menampung sebanyak 3,000 buah kereta.

Pengunjung tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan tugu peringatan tetapi hanya boleh melawati persekitaran taman kecuali pada hari dan program tertentu yang dibenarkan pengunjung melawat kawasan dalaman taman yang penuh simbolik itu.

Kawasan taman akan dibuka selepas pukul 5.00 petang dan berakhir jam 7.30 malam demi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku dan tiada sebarang bayaran dikenakan sepanjang anda di Taman Jubli Emas.