GEMBIRA..........skuad Penyu berjaya menamatkan kemarau johan Piala FA 2011 sekaligus dinobatkan sebagai juara

JITRA, 13 Jun – “Sang penyu menyanyi si kijang patah kaki.” Inilah yang diungkapkan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika diminta mengulas mengenai saingan bola sepak Piala FA ketika ditemui hari ini.

Beliau yang juga merupakan penyokong setia “Gomo Klate Gomo” sedikit terkilan kerana skuad itu berputih mata selepas perlawanan ditamatkan dengan jaringan gol 2-1 memihak kepada Terengganu.

Menurut Presiden dR Group (dRG) itu, walaupun mengalami kekalahan namun skuad kijang itu dianggap bermaruah kerana berjaya mengekalkan persembahan terbaik sehingga ke masa tambahan sebelum tewas terkena gigitan sang Penyu.

“Jaringan cantik menerusi pemain berpengalaman Nurul Azwan pada minit ke-79 memberikan semangat untuk skuad The Red Warriors mengasak kubu lawan mencari lebih pelunag untuk bergelar juara.

“Namun, tidak menjadi penghalang untuk sang Penyu meneruskan perjuangan mengembalikan kegemilangan suatu ketika dahulu yang pernah dinobatkan sebagai johan Piala FA yang menjadi rebutan setiap negeri.

HAMPA......skuad The Red Warriors kecundang di tangan Sang Penyu ketika saingan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin

“Setelah berhempas pulas menggandakan usaha untuk mengasak pertahan skuad Kijang itu sang Penyu menemui gol penyamaan menerusi Daudsu Jamal yang menanduk bola secara tiba-tiba menerjah ke gol sendiri,”katanya.

Beliau berkata lagi, sang Penyu adalah pasukan terbaik walaupun ketinggalan mereka tidak sesekali mengalah dengan jaringan pertama skuad Kijang itu.

“Kesungguhan skuad sang Penyu dilihat menerusi corak permainan yang ditunjukkan ketika perlawanan di bawa ke masa tambahan untuk menentukan Piala FA milik siapa.

“Tambahan pula gol sendiri yang dijaringkan oleh Daudsu dianggap oleh pembakar semangat sang Penyu berusaha untuk mencipta kejayaan dan serangan bertubi-tubi dilancarkan terhadap gawang skuad Kijang.

“Hasilnya dimanfaatkan sebaiknya oleh Nordin Alias pada minit ke-110 kerana menyambar baik tandukan pasukannya sendiri apabila bola menerjah gawang menerusi sepakan penjuru,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, mungkin ini suatu kejutan untuk skuad The Red Warriors dan kegembiraan kini berpihak kepada skuad “Peteh Ganu Peteh” yang menjuarai trofi keramat Piala FA sekaligus menamatkan saingan liga FA musim ini kelamarin.

“Selain itu, doktor difahamkan bahawa skuad Penyu akan diterbangkan ke London sebagai habuan untuk mereka seperti yang dijanjikan kerajaan negeri sebelum berlangsung final Piala FA dan tahniah diucapkan kepada mereka kerana bersungguh-sungguh melakar kejayaan.

“Dan untuk skuad The Red Warriors mereka perlu menerima kekalahan dan bersifat terbuka bahawa trofi yang menjadi rebutan itu bukan rezeki kita untuk kali ini tetapi bangkitlah di musim akan datang dengan semangat dan keazaman baru menjadi piala itu milik kita,” ujarnya dengan penuh semangat.