TERBARU.....produk keluaran yang bakal dilancarkan dipasaran tahun ini iaitu dR Premier

JITRA, 27 Mei – “Produk terbaru yang telah dihasilkan dan uar-uarkan bakal menemui pengguna tahun ini,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui disini.

Usaha yang dilakukan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) untuk memasarkan produk terbaru keluaran dR Group (dRG) dilihat berbaloi.

Menurut Presidennya itu, selepas kejayaannya terhasil menerusi produk kesihatan dan kecantikan beliau begitu obses untuk menghasilkan pelbagai lagi kejayaan sekaligus membantu masyarakat menangani masalah kesihatan yang dihadapi.

“Doktor percaya dengan kehadiran produk formulasi dR Rozmey yang berkualiti tinggi ini mampu memberikan keajaiban terhadap pengguna,” katanya.

Beliau berkata lagi, antara produk yang bakal dipasarkan pada tahun ini ialah produk dR Premier dan dR Slimming Suit yang direka khas untuk keperluan pengguna yang mementingkan kesihatan tubuh badan mereka.

“Produk dR Premier merupakan satu produk yang diformulasikan untuk memberikan tahap kebersihan air minuman seharian berada ditahap yang terhindar dari sebarang kuman mahupun anasir-anasir yang membolehkan kesihatan tubuh badan terganggu.

“Manakala produk dR Slimming Suit yang mempunyai rekaan khas diperbuat daripada hasil teknologi Infra Merah membolehkan pengguna untuk mendapatkan susuk tubuh menawan serta mempertingkatkan keyakinan diri di dalam kelompok masyarakat.

“Produk-produk itu boleh dibuat tempahan sekarang dan sebarang maklumat lanjut anda bolehlah melayari laman sesawang www.herbaprima.com supaya mengelak daripada penipuan yang semakin menjadi-jadi hari ini,” ujarnya ketika ditemuramah.