BIJAK.....Datuk Dr Che Rozmey memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan teknologi maklumat hari ini

JITRA, 27 Mei – “Era globalisasi hari ini merupakan dunia yang terdedah terhadap kecanggihan teknologi maklumat yang berperanan penting untuk mendapatkan maklumat dengan lebih pantas,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui.

Jadi, dengan segala kepentingan teknologi maklumat yang ada Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) telah memanfaatkan sepenuhnya tentang kemudahan ICT dalam melancarkan bisnes secara online.

Menurut DDR, bisnes online mampu mencapai sasaran jualan berbilion ringgit sebulan jika ianya dikembangkan mengikut acuan dR Rozmey demi membangunkan dR Group (dRG) untuk berdiri lebih kukuh dan bertambah maju dari sebelumnya.

“Tambahan pula fenomena jenama dR ROzmey diperluaskan menerusi dR Places yang menyediakan ruangan iklan untuk penggemar bisnes mempromosikan barangan mereka,” katanya.

Beliau berkata lagi, bisnes secara online yang dihasilkan oleh beliau adalah bertujuan untuk memudahkan pengedar berurusan dengan pihak dR Group hanya dari rumah bagi mendapatkan produk-produk dR Rozmey,” katanya.

“Jadi, berpandukan acuan dR Rozmey menerusi bisnes secara online yang dilancarkan dilihat ianya mampu memberikan segala maklumat yang dingini dengan cepat dan pantas.

“Selain itu, ianya juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya dari rumah dan menambahkan bilangan pengguna sekaligus menjadikan dRG sebuah organisasi contoh terhadap organisasi lain ,” ujarnya lagi.