PELENGKAP............dR Slimming Suit membantu wanita masa kini untuk tampil lebih berkeyakinan

JITRA, 26 Mei – “Demi melengkapkan kehidupan seseorang untuk memiliki tubuh badan menarik terutamanya golongan wanita pihak dR Group tampilkan produk rekaan terbaru iaitu dR Slimming Suit dengan rekaan teknologi canggih hari ini,” Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui.

Menurut Presiden dR Group (dRG) produk Slimming Suit sudah berada dipasaran Malaysia dan bakal berada dipasaran Asia seperti Jepun dan Korea.

“Menyedari hakikat bahawa memiliki bentuk badan yang dingini pada era globalisasi kini menjadi sebahagian hidup golongan wanita untuk tampil lebih anggun dan jelita.

“Dengan adanya produk kesihatan Slimming Suit ini ianya akan membantu pengguna membentuk potongan badan yang cantik secara semula jadi dan pemakaian setiap hari dalam jangka masa panjang akan mengembalikan bentuk badan cantik tanpa kesan sampingan,” katanya.

Tambahnya lagi, produk ini juga berfungsi untuk membentuk punggung, payudara, mengurangkan saiz pinggan serta melangsingkan pinggul seperti yang di idam-idamkan setiap wanita masa kini.

“Disamping itu, Slimming Suit ini juga mempunyai infra merah bagi melancarkan pengedaran darah, menyingkirkan lemak dan mencegah badan daripada berbau serta ianya direka untuk menyokong tulang belakang dan bahagian rusuk.

“Oleh itu, dengan harga yang berpatutan iaitu RM 2450 boleh meberikan kepuasan terhadap pengguna dan merasai pelaburan yang dilakukan itu membuahkan hasil yang amat memberangsangkan.

“Jadi, wanita yang bekerjaya pada era globalisasi kini tidak lagi perlu bimbang dan bersusah payah untuk memikirkan cara untuk mengekalkan kecantikan kerana dR Slimming Suit dicipta menepati citarasa mereka,” ujarnya ketika ditemui semalam.