JEMPUT.......salah seorang petugas dR IT Solutian mengalu-alukan kedatangan pengunjung untuk mendapatkan alat-alat ganti komputer

JITRA, 24 Mei – “Penubuhan dR IT Solution dalam menyediakan perkhidmatan servis komputer memberikan kemudahan untuk pengguna yang mengalami kerosakan alatan komputer,” ujar Encik Rashidi Ramli ketika ditemui hari ini.

Bermula dari produk sehingga bisnes bidang teknologi maklumat pihak dR Group memastikan keutamaan terhadap pengguna dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pembukaaan IT Solution sejak beberapa bulan lalu dilihat memberangsangkan sambutannya daripada masyarakat khususnya penduduk Jitra, Kedah.

Menurut Ketua Operasi IT Solution dR Rozmey itu, pihak IT Solution yang beroperasi antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan yang mengalami kerosakan komputer.

“Dengan adanya juruteknik yang berpengalaman dalam menguruskan dan mengendalikan permasalahan komputer pihak kami memberikan jaminan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata lagi, kepuasan hati pelanggan menjadi keutamaan pihak dR Rozmey IT Solution dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dalam proses membaikpulih komputer ini.

“Inilah yang selalu dititikberatkan oleh pemiliknya iaitu Datuk Dr Che rozmey Che Din (DDR) dalam melakukan sesuatu perkara di dalam ruangan perniagaan untuk kepentingan bersama bukannya berpihak dsebelah syarikat sahaja.

“Selain itu, peralatan alat-alat ganti komputer dan juga komputer riba juga turut dijual di dR Rozmey IT Solution dengan harga yang berpatutan berbanding kedai perkakasan computer yang lain,” ujarnya lagi.