KUALITI........antara produk formulasi DDR yang kaya vitamin C untuk keperluan dalaman manusia

JITRA, 23 Mei – Produk keluaran dR Group (dRG) dihasilkan dengan pelbagai ramuan terpilih kaya dengan vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan manusia

 Antara produk kesihatan dan kecantikan yang mengandungi Vitamin C adalah seperti produk dR Silky, dR 8, dR 101 dan Gain 5 yang dirumuskan untuk membantu menangani masalah penyakit yang dihidapi oleh khalayak umum hari ini..

Menurut Presdiennya Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal dan untuk gusi yang sihat.

“Ianya berfungsi menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protein sistem imuniti yang penting dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin serta phenylalanine,” katanya.

Beliau berkata lagi, kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma dan mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran.

 “Sehubungan itu, vitamin C juga adalah sebagai keperluan dalam pembentukan kolagen serta mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam.

“Ianya boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mempercepatkan penyembuhan luka serta terbakar.

“Manakala fungsi lain pula vitamin C dilihat mampu mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti,” tambah beliau ketika ditemui disini.

Tambahnya lagi, tiada sebarang bahan yang terlarang dicampurkan dengan produk keluaran dRG kerana kualiti serta keberkesanannya boleh dinilai terhadap testimoni-testimoni yang telah berjaya menggunakan produk ini.

Advertisements