BERJAYA..........Datuk Dr Che Rozmey memohon bantuan dari Yang Esa supaya segala yang dijalankan mendapat keberkatan

JITRA, 23 Mei – “Mohonlah rezeki daripada Allah S.W.T kerana Dialah Maha Pemberi rezeki kepada manusia sekalian alam,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui semalam.

Menurut Presiden dR Group (dRG) itu, pesanan ini sering dititikberatkan oleh beliau itu adalah untuk semua warga dRG demi menerapkan nilai murni tersebut menjadi rutin seharian.

“Amalan sebegini sudah sememangnya perlu dididik di dalam kehidupan seharian bagi memastikan setiap perbuatan yang dilakukan adalah diredhai oleh Allah S.W.T.

“Bukan itu sahaja malahan ianya juga memudahkan setiap urusan yang dilakukan  berjalan lancar tanpa sebarang gangguan mahupun masalah yang tidak dingini,” katanya.

Beliau berkata lagi, warga dRG adalah tenaga kerja yang berkualiti setiap amanah yang diusulkan menjadi pegangan mereka untuk melangkah menjadi diri mereka yang baik menjadi lebih baik.

“Di dalam Al-Qur’an sudah jelas menyatakan bahawa mohonlah rezeki kepada Allah S.W.T kerana Dialah Maha Pemberi rezeki untuk makhluk sekalian alam dan janganlah sesekali kamu mengingkari ajarannya.

“Penerapan nilai murni ini dilihat bakal memberikan impak positif terhadap warga dRG yang bukan hanya ganjaranya diperolehi di dunia malahan ganjaran akhirat menanti mereka.

“Jadi, perolehan ganjaran yang lumayan menanti sekiranya kita senantiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan melakukan setiap perbuatan itu dengan hati jujur serta ikhlas,” ujarnya lagi.