BERKESAN.......formulasi dR101 semakin mendapat permintaan tertinggi selepas khalayak berkeyakinan menerusi testimoni yang diutarakan..

JITRA, 22 Mei – Pelbagai produk kecantikan dan kesihatan untuk membantu pengguna bagi menyelesaikan masalah yang telah menimpa khalayak umum hari ini telah dihasilkan oleh organisasi naungan dR Rozmey iaitu dR Group (dRG).

Antara permasalahan yang sering melanda khalayak melibatkan kesihatan yang merupakan anugerah Allah S.W.T ini adalah mengenai organ yang penting terhadap manusia iaitu otak.

Jadi, jus dR101 telah dihasilkan untuk membantu pegguna yang menghadapi masalah kurang daya fikiran, pelupa, tidak fokus, dan minda yang lesu bagi meningkatkan kecergasan minda.

Presidennya Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) berkata, kandungan dR101 mengandungi banyak vitamin yang berfungsi untuk membantu kecergasan minda antaranya adalah vitamin B12, vitamin D, vitamin C, vitamin E serta gingko baloba.

“Gingko Baloba merupakan ramuan herba yang memberikan kesan yang positif dalam merawat masalah kurang daya ingatan dan membaik pulih daya ingatan dengan meningkatkan pengedaran darah di otak dan hipotalamus serta merawat masalah pening, ketidakseimbangan badan,  dan kemurungan,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, pelbagai vitamin terpilih yang dijalankan penyelidikan terlebih dahulu memberikan keajaiban terhadap pengguna.

“Antaranya vitamin B12 membantu panghasilan DNA/RNA dan sel darah merah yang begitu penting dalam metabolisme saraf serta vitamin D membantu pertumbuhan dan sintesis otak dalam meningkatkan fungsi otak yang bertindak secara langsung pada pusat pembelajaran, daya ingatan, tingkah laku dan pusat pergerakkan.

“Manakala vitamin C pula untuk menghalang kecederaan sel, menguatkan saluran darah dan mengawal tekanan darah yang bertindak sebagai anti-oksida dan Vitamin E berfungsi melindungi sel,” katanya yang juga Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.