BIJAK.......Presiden dR Group memanfaatkan sepenuhnya kelebihan teknologi maklumat masa kini

JITRA, 22 Mei – “Luas penerokaan luas pengetahuan.” Itulah yang dapat kita rungkaikan dengan kecanggihan teknologi di era globalisasi kini yang dianggap sebagai kepentingan masyarakat untuk memperolehi segala maklumat yang berkaitan dunia sekarang.

Jadi, dengan segala kepentingan yang ada seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) telah memanfaatkan sepenuhnya tentang kemudahan ICT dalam melancarkan bisnes secara online.

Menurut DDR, bisnes online mampu mencapai sasaran jualan berbilion ringgit sebulan jika ianya dikembangkan mengikut acuan dR Rozmey demi membangunkan empayar dR Group (dRG) untuk berdiri lebih kukuh dan bertambah maju dari sebelumnya.

“Tambahan pula fenomena jenama dR ROzmey serta produk-produk keluaran dRG kini sedang menapak di Malaysia dan mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, bisnes secara online yang dihasilkan oleh beliau adalah bertujuan untuk memudahkan pengedar berurusan dengan pihak dRG hanya dari rumah bagi mendapatkan produk-produk dR Rozmey.

“Jadi, berpandukan acuan dR Rozmey menerusi bisnes secara online yang dilancarkan dilihat ianya mampu memberikan segala maklumat yang dingini dengan cepat dan pantas.

“Selain itu, ianya juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya dari rumah dan menambahkan bilangan pengguna sekaligus menjadikan dRG sebuah organisasi contoh terhadap organisasi lain ,” ujarnya ketika ditemuramah..