BERJAYA.....DDR merencanakan startegi mencipta labelnya tersendiri melalui idea minda positif

JITRA, 20 Mei – “Pelajari selok belok bisnes dan bukalah minda untuk menyahut cabaran di dalam dunia perniagaan untuk melangkah menuju masa hadapan demi mencipta kejayaan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemuramah hari ini.

Beliau yang begitu menggemari bisnes begitu bersemangat untuk menongkah arus dalam meraih pelbagai kejayaan lagi demi mencipta sejarah di dalam dunia bisnes.

Menurut Presiden dR Group (dRG) itu peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup dan rebutlah sebelum ianya hilang dengan tanpa kita sedari.

“Namun, segala peluang yang direbut itu seharusnya kita memanfaatkan supaya ianya menjadi satu kenikmatan yang tidak terhingga ganjarannya,” ujar beliau.

Beliau berkata lagi, sebelum beliau memperolehi kejayaan seperti kini banyak dugaan dan halangan yang ditempuhi dalam melakar sesebuah kejayaaan.

“Tetapi hari ini doktor tampil untuk menghasilkan pelbagai lagi kejayaan kerana label dR Rozmey sudah menempa nama di Malaysia dan menjadi satu fenomena yang memberikan impak positif terhadap masyarakat.

“Keinginan doktor untuk maju lebih kehadapan mencipta kejayaan semakin bersemangat kerana berkemungkinan hasil yang ditunjukkan sebelum ini adalah satu dorongan yang begitu mantap.

“Jadi, bersempena tahun baru doktor mengambil peluang ini untuk tampil dengan produk keluaran terbaru iaitu dR Premier dan Slimming Suit untuk membantu masyarakat menjadi lebih berkeyakinan menerusi produk-produk kesihatan ini.

“Bukan semata-mata untuk keuntungan malahan ianya adalah untuk kepentingan bersama sekaligus berusaha memperluaskan label dR Rozmey menjadi satu jenama yang tersohor dimata dunia,” ujanya lagi yang kini sibuk berusaha menghasilkan produk terbaru beliau.