ASET........peluang memajukan dR Group dalam menempa label diseluruh negara

JITRA, 18 Mei – “Staf merupakan aset sesebuah organisasi bergerak maju untuk mencapai sesuatu kejayaan yang luar biasa,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari.

Dengan adanya staf yang berkaliber segala pengurusan yang berkaitan dengan sesebuah organisasi seperti dR Group menjadi lancar dan mencapai kejayaan yang disasarkan.

Menurut beliau, walaupun memiliki bilangan pekerja yang ramai pihak dRG mampu melahirkan serta mendidik setiap tenaga pekerjanya dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab.

“Inilah adalah daripada usaha doktor yang seringkali menerapkan di dalam diri setiap warga dRG mengenai nilai-nilai murni demi melahirkan sebagai seorang yang berdisiplin,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, mereka juga telah diberi suntikan didikan mengenai sikap hormat menghormati antara satu sama lain yang sudah lama menjadi budaya di dRG.

“Selain itu, inilah fenomena juga yang doktor uar-uarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa segala usaha yang beliau lakukan adalah untuk kepentingan bersama.

“Jadi dengan melahirkan tenaga pekerja yang penuh berdisiplin dan bertanggungjawab sedikit sebanyak mereka dapat membantu meningkatkan prestasi.

“Bukan itu sahaja malahan usaha ini juga bakal memajukan dRG untuk melangkah kehadapan dalam mencipta kejayaan untuk dikongsikan bersama,” katanya lagi.