sumber : google PENDIDIK............guru ibarat sebatang lilin yang menerangi untuk anak didiknya

JITRA, 16 Mei – “Selamat Hari Guru untuk semua guru yang berada diseluruh negara ini kerana memberikan didikan serta ajaran yang sempurna pada anak murid mereka,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika ditemui hari ini.

Walaupun sibuk menguruskan perniagaan yang dicipta beliau mengambil kesempatan ini meraikan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang mendidiknya serta guru seluruh Malaysia sempena sambutan Hari Guru 2011.

Menurut Presiden dR Group (dRG) itu, setiap tanggal 16 Mei beliau sudah semestinya mengambil sedikit waktu untuk meraikan kejayaan guru yang bergelar sebagai pendidik untuk anak-anak bangsa.

“Seperti diketahui umum guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar dirinya untuk memberikan kejayaan yang sempurna kepada anak didiknya,” katanya.

Beliau berkata lagi, ucapan ini juga ditujukan khas untuk guru yang memberikan tunjuk ajar semasa beliau dibangku sekolah sebelum berjaya meraih kejayaan yang berlipat ganda sehingga bergelar sebagai seorang jutawan.

“Sebelum sesuatu kejayaan yang dicipta guru antara faktor yang menyebabkan kita lebih bersemangat untuk menghasilkan kejayaan yang dingini.

“Pelbagai cara dan tips yang mereka berikan dengan bersungguh-sungguh untuk melihat kita mencari kejayaan menuruti kehendak hati tanpa meminta apa jua balasan sekalipun.

“Selain itu, merekalah jua dianggap sebagai penjaga sepanjang kita bersekolah dan memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan setiap anak didik mereka dipandang tinggi oleh masyarakat kelak,” ujarnya.

Tambahnya lagi, seharusnya kita mengucapkan tanda syukur kerana dengan adanya tenaga pendidik ini mereka umpama memberikan nafas baru untuk kita mengorak langkah menghasilkan lebih kejayaan supaya ianya menjadi satu kebanggaan buat mereka.