1MALAYSIA.......konsep yang diuar-uarkan DDR sama dengan konsep saranan kerajaan

JITRA, 16 Mei – “Satu Malaysia Satu Produk.” Inilah yang diuar-uarkan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berkonsepkan kerajaan mengenai 1 Malaysia dengan slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Beliau yang berpegang kepada slogan rakyat diutamakan itu benar-benar menepati citarasanya yang mengutamakan kesihatan khalayak yang semakin diabaikan hari ini.

Menurut Presiden dR Group (dRG) selaras dengan seruan kerajaan mengenai 1 Malaysia beliau menggandakan usaha untuk memastikan bangsa 1 Malaysia di dalam keadaan baik dari sebelumnya.

“Oleh itu, produk yang diformulasikan menerusi air tangan doktor sendiri yang semakin menempa populariti terhadap golongan bangsa 1 Malaysia menepati dengan permasalahan seperti penyakit kronik yang melanda negara ini.

“Berpaksikan konsep 1 Malaysia 1Produk ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan bangsa 1 Malaysia mendapat penjagaan yang lebih sistematik mengenai kesihatan mereka,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, produk-produk kesihatan yang dikeluarkan oleh dRG dilihat memberikan keberkesanan yang begitu ketara kepada pengguna yang menggunakannya sejurus selepas mengetahui mengenai kehebatan produk formulasi dR Rozmey.

“Jelaslah segalanya terbukti menerusi testimoni-testimoni yang kini juga bergelar usahawan berjaya dipersembahkan menerusi kaca televisyen dan juga akhbar Harian Metro serta Kosmo!

“Selain itu, keberkesanan terhadap pengguna-pengguna juga membuktikan bahawa formulasi produk kesihatan dan kecantikan dR Rozmey memberikan keserasian terhadap penyakit kronik yang semakin berleluasa kini.

“Malahan tidak pernah timbul sebarang permasalahan yang lain sebaliknya memberikan kebaikan lain selepas menggunakannya dan ramai pengguna berpuas hati dengan kemujaraban produk keluaran dRG ini,” ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang juga bergelar jutawan kini berkata lagi, ternyata segala yang dipersembahkan kepada pengguna mengenai kesemua produk ini memberikan kualiti yang tiada tandingannya.

“Tidak perlu gusar ataupun mencurigai dengan kesan sampingan mahupun kemudaratan yang berlaku kerana produk yang dihasilkan ini adalah daripada herba dan vitamin.

“Sekiranya golongan bangsa 1 Malaysia inginkan maklumat lanjut mengenai produk anda boleh mendapatkannya secara terus di dR Group ataupun melayari laman sesawang www.herbaprima.com demi mengelakkan daripada berlaku sebarang penipuan terhadap produk tiruan.

“Pelbagai lagi produk kesihatan yang bakal dilancarkan pada tahun ini bertujuan sebagai langkah untuk mengelakkan bangsa 1 Malaysia dari terjebak dengan pengabaian kesihatan diri mereka,” ujarnya dengan penuh prihatin.