TERBARU....produk yang bakal dikeluarkan oleh dR Group tahun ini

JITRA, 16 Mei – Pelbagai lakaran fenomena dR Rozmey telah dicetuskan oleh Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR) iaitu seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dalam menjayakan perniagaan yang dijalankan.

Namun hasil kegigihan dan usaha yang dilakukan jelas menampakkan beliau kini mengecapi kejayaan hasil daripada produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) dan bakal meraih pelbagai lagi kejayaan menerusi idea pemikiran kreatif beliau.

Menurut DDR beliau amat gemar berkecimpung di dalam perniagaan kerana dapat meraih keuntungan yang lumayan berbanding pekerjaan lain.

“Akibat daripada kejayaan yang dikecapi sekarang membuatkan doktor lebih bersemangat untuk menjalankan perniagaan sekaligus memperoleh kejayaan yang berganda dan disegani serata dunia,” katanya.

Beliau berkata lagi, dalam usaha untuk menjadi ‘bilionaire’ pada 2013 beliau melancarkan pelbagai lagi fenomena dR Rozmey yang kini semakin menular di Malaysia, Singapura, Brunei dan yang terbaru di Indonesia.

“Antara produk terbaru yang bakal doktor hasilkan adalah Slimming Suit yang direka khas untuk membantu pengguna mendapatkan bentuk badan yang ideal dan produk kesihatan dR Premier yang memberikan tahap kesihatan air yang diperlukan dalam kehidupan seharian sentiasa berkeadaan baik.

“Selain itu, disebabkan kini ramai yang ingin bersama-sama doktor untuk melakarkan kejayaan, doktor melancarkan bisnes secara online demi memudahkan pengguna dan pengedar untuk berurusan dengan doktor,” katanya lagi ketika ditemui di pejabat beliau.