BERKESAN....antara produk dR Group yang memberikan kemujaraban terhadap pengguna

JITRA, 12 Mei – “Rawat dari dalam dan tingkatkan kesihatan tubuh badan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) mengenai produk kesihatan yang diformulasikan oleh beliau ketika ditemuramah.

Produk keluaran dR Group (dRG) sememangnya memberikan kelegaan terhadap permasalahan penyakit kronik yang semakin menular hari ini.

Menurut Presidennya, ramuan terpilih yang terkandung di dalam produk kesihatan dan kecantikan menerusi label dR Rozmey membantu menyembuhkan pelbagai penyakit.

“Usah risau mengenai kandungannya kerana doktor memberi jaminan sepenuhnya terhadap bahan dan ramuan produk-produk ini adalah selamat, halal dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata lagi, kandungan herba dan vitamin yang terdapat di dalam kesemua produknya merupakan sumber tenaga yang diperlukan di dalam badan sekaligus meningkatkan tahap kesihatan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

“Keberkesanannya sudah ternyata jelas ditunjukkan menerusi testimoni-testimoni terdahulunya yang menggunakan produk keluaran dRG ini yang kembali pulih seperti sedia kala.

“Selain itu, kebaikan sampingan juga diperolehi oleh mereka (testimoni) selepas menggunakan produk yang dianggap berkualiti dan mujarab.

“Oleh itu, rawatan yang sempurna tanpa mengundang bahaya terhadap pengguna dilihat menepati citarasa pengguna kerana kesibukan mengejar cita-cita hari ini menyebabkan kesihatan mereka terabai.

“Jadi, produk inilah seharusnya menjadi pilihan mereka dalam usaha mengembalikan tahap kesihatan mereka menjadi lebih baik kerana produk kesihatan ini membantu merawat dari dalam dengan lancar dan berkesan,” tegasnya lagi ketika ditemui disini.