BARU....fenomena produk yang bakal menembusi pasaran tahun ini iaitu dR Premier

JITRA, 11 Mei – “Pelbagai usaha telah dilakukan dalam mencetuskan fenomena dR Rozmey untuk kemunculan kejayaan yang baru,” kata pengasas produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) iaitu Datuk Dr Rozmey Che Din (DDR).

Hal ini adalah kerana kejayaan beliau dalam melakukan pelbagai fenomena dR Rozmey yang kini menjadi perbualan hangat seluruh rakyat Malaysia.

Menurut DDR pelbagai usaha yang telah dilakukan dalam memperkenalkan jenama dR Rozmey di seluruh tanahair sekaligus menembusi pasaran antarabangsa supaya setanding dengan jenama luar.

“Kini doktor hanya menunggu sejauhmana tindakbalas dari masyarakat tentang fenomena yang dicetuskan oleh doktor dalam melakar sejarah baru dan menjadi kebanggaan rakyat bangsa 1 Malaysia,” katanya.

Beliau berkata lagi, pencetusan fenomena label dR Rozmey bukanlah hanya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri tetapi adalah untuk kepentingan bersama.

“Ini jelas terbukti menerusi fenomena dR Rozmey yang dicetuskan oleh doktor mengenai produk kesihatan dan kecantikan mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana dikatakan formulasinya yang hebat dan ajaib memberikan kesan yang mujarab terhadap pengguna.

“Hari ini fenomena yang luar biasa dicetuskan menerusi label dR Rozmey  yang mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri dilihat mampu memberikan kejayaan yang melipat ganda dan segala-galanya akan terjawab kelak,” katanya ketika ditemuramah.